Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Orang Ramai Jangan Ceroboh...

JOHOR BAHRU - Polis Johor hari ini menasihati orang ramai yang mempunyai niat...

Pakai Seragam `Seorang Ibu’...

DENGAN lingkaran hitam di bawah mata dan kesan muntah di atas bahu, seorang budak...

FAM Jangan Basa-Basi: Berkongres...

DRAMA swasta terbaik sejak tiga dekad lalu sering dihasilkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)...

Perpaduan Rakyat Penting Bangunkan...

SANDAKAN - Perpaduan rakyat harus dikekalkan yang menjadi faktor penting kepada usaha membangunkan...

Kerajaan Selangor Tumbang Bila PAS Keluar Pakatan

IBARAT cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru, polemik yang tercetus antara PAS dan DAP sekarang, mustahil untuk disembunyikan.

Saling membalas kenyataan antara satu sama lain, kedua-dua parti dilihat membedil lawan satu sama lain.

Terbaru, Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din memberi gambaran bahawa hubungan kedua-duanya sudahpun terputus sejurus selepas DAP mengisytiharkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai pengkhianat.

[BERKAITAN: Tiada Lagi Alasan Untuk PAS Bersama DAP]

Namun yang meninggalkan tanda tanya, sehingga kini Pakatan Rakyat masih tidak berani menyingkir keluar parti Islam itu dari bawah naungannya.

Apa tidaknya, andai situasi tersebut betul-betul menjadi kenyataan, nampaknya status kerajaan Selangor akan terumbang-ambing sekali lagi kerana majoriti kerusi hilang mendadak disebabkan kemelut dalaman PR sendiri.

Sidang-DUN-Selangor-2

Jika mengikut bilangan kerusi DUN ketika ini, Pakatan Rakyat mendominasi dengan 43 kerusi berbanding BN cuma 12.

Akan tetapi, andai PAS keluar dari Pakatan, senario bakal berubah kerana ia mengurangkan 15 kerusi yang dimenangi pada PRU-13 lalu, menjadikan baki hanya 28 kerusi untuk PR.

Lagi merunsingkan mereka, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dari DAP tidak layak untuk mengundi kerana dilantik menjadi Speaker.

Bertambah kacau andai BN dan PAS bergabung pula, maka secara automatiknya, kedua-dua pihak akan memiliki bilangan hak mengundi sama iaitu 27.


Terikat dengan kedudukan ‘seri’, figura akan menjadi penentu kepada kebuntuan tersebut tak lain dan tak bukan, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

azmin khalid

Sudah terang lagi bersuluh, Abdul Khalid yang diturunkan dari jawatan tertinggi pentadbiran negeri malah dihalau dari PKR, pastinya tidak akan kembali menyertai parti itu.

Beliau berkemungkinan besar menyertai PAS untuk bersama-sama menubuhkan kerajaan baru bersama BN kerana umum sedia maklum, PAS sememangnya rapat dengan Khalid.

Malah harus diingat, isu ‘Kajang Move’ yang menjadi titik tolak pemecatan Abdul Khalid juga merupakan antara punca utama keretakan hubungan PAS dengan DAP dan PKR.

Landskap politik di Selangor sememangnya sering berubah dan menyaksikan banyak isu timbul dari masa ke semasa akibat pergolakan dalaman Pakatan Rakyat.

Siapa tahu, pentadbiran di negeri tersebut bakal berubah sekali lagi dalam masa terdekat, kita tunggu dan lihat!

– MYNEWSHUB.CC

Pesanan Ulama PAS Terhadap DAP – Jangan Tusuk Jarum Racun

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori