Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Ibu, Nenek Saudara Direman...

GEORGETOWN: Ibu dan nenek saudara kepada adik-beradik yang disyaki mangsa dera direman empat...

Tahap Keharmonian & Perpaduan...

SHAH ALAM - Tahap keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini dirumuskan sebagai...

Taktikal Dollah Penentu Barisan...

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan...

SPRM Terima 286 Aduan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir yang ditubuhkan oleh...

Kenyataan Interim Penuh Oleh Pasukan Penyiasat Keselamatan

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Berikut ialah kenyataan penuh Pasukan
Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370:

1. Kenyataan Interim Ini* telah disediakan di bawah Bab 6, perenggan 6
Lampiran 13 ICAO** untuk memberi maklumat mengenai perkembangan siasatan pesawat
Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, sebuah pesawat Boeing 777-200ER,
didaftarkan 9M-MRO. Penerbangan penumpang berjadual antarabangsa menuju ke
Beijing, dengan membawa 239 orang (227 penumpang dan 12 anak kapal), berlepas
dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 7 Mac 2014 [0042
MYT (Waktu Malaysia) pada 8 Mac 2014]. Kurang 40 minit setelah berlepas, Menara
Kawalan Trafik Udara terputus hubungan radar dengan pesawat ini selepas ia
laluan IGARI.

2. Sebagai Negara yang Terikat dengan ICAO dan mengikut Bab 5, perenggan
5.3*** Lampiran 13 pada Konvensyen mengenai Siasatan Kemalangan dan Insiden
Pesawat Penerbangan Awam Antarabangsa, sebagai Negara Berdaftar yang
bertanggungjawab untuk menyiasat keadaan kemalangan dan insiden yang serius.

3. Menteri Pengangkutan Malaysia telah menubuhkan pasukan penyiasatan
keselamatan bebas di bawah peraturan 126(1) *** Peraturan Penerbangan Awam
Malaysia (MCAR) 1996 dikenali sebagai “Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran
13 ICAO bagi MH370” untuk menjalankan siasatan terhadap insiden kehilangan
Penerbangan MH370.
Pasukan penyiasatan mengandungi 19 anggota yang diketuai oleh seorang Ketua
Inspektor/Penyiasat Bertanggungjawab, terdiri daripada tiga Jawatankuasa iaitu
Operasi, Kelayakan Terbang dan Faktor-faktor Perubatan/Manusia, masing-masing
diketuai oleh seorang Pengerusi. Turut menyertai pasukan ini ialah Wakil
Bertauliah dari tujuh***** Pertubuhan Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Udara
Antarabangsa.

4. Satu-satunya matlamat penyiasatan sesuatu kemalangan atau insiden adalah
pencegahan kemalangan atau insiden pada masa hadapan. Ia bukanlah tujuan
aktiviti ini untuk meletakkan kesalahan atau liabiliti, seperti dinyatakan dalam
perenggan 3.1 Lampiran 13

5. Kenyataan Interim Ini dikeluarkan mengenai perkembangan siasatan sehingga
7 Mac 2015 dan berdasarkan maklumat fakta yang dikumpul mengikut Seksyen 1.1
hingga 1.19 dalam Lampiran kepada Lampiran 13. Butiran maklumat fakta boleh
diperolehi melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan: www.mot.gov.my.

6. Pasukan Penyiasatan, sejak itu, telah mengumpulkan maklumat fakta
mengenai MH370 (9M-MRO) yang termasuk, antara lain, perkara-perkara berikut:-

6.1 Rakaman radio dan pita radar Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) serta
transkrip komunikasi radiotelefoni antara pesawat dan Pengawal Trafik Udara dan
antara Pengawal Trafik Udara Pusat ATC Ho Chi Minh dan Singapura; dan antara
Pengawal Trafik Udara dan Pusat Operasi MAS di KLIA;

6.2 Menerima penjagaan dan mengkaji rekod-rekod penyenggaraan pesawat,
termasuk penyenggaraan pakej semakan, log teknikal, arahan layak terbang,
modifikasi dan pembaikan, laporan kejadian mandatori, laporan berat muatan dan
imbangan, jadual penyenggaraan, sijil kelayakan terbang dan dokumen-dokumen
berkaitan;

6.3 Menjalankan sesi simulator untuk membangunkan semula profil penerbangan
pesawat dan operasi sistem;

6.4 Menemu bual lebih 120 orang dari Jabatan Penerbangan Awam, MAS, waris
anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci
pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan
penerima konsain;

6.5 Mengunjungi pengendali kargo, penghantar barang dan penerima konsain
bateri ion litium dan buah manggis, tempatan (Subang, Pulau Pinang dan Muar) dan
seberang laut (Beijing dan Tianjin di China) untuk pengumpulan data dan
temu bual;

6.6 Melawat Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur Subang dan Pejabat
Perkhidmatan Trafik Udara KLIA, Air Nav Indonesia, Medan (Indonesia), Southern
Region Air Traffic Services Company, Bandaraya Ho Chi Minh (Vietnam), DCA,
Bangkok (Thailand) dan Lembaga Penerbangan Awam Singapura (Singapura)
untuk pengumpulan data dan temu bual.

7. Dalam hubungan ini, Pasukan Penyiasatan menekankan bahawa maklumat fakta
yang dikumpulkan sehingga kini dan disiarkan dalam laman sesawang Kementerian
Pengangkutan adalah bersifat interim dan maklumat baharu yang diperoleh
mungkin mengubah maklumat ini sebelum penerbitan Laporan Akhir.
Pasukan Penyiasatan menjelaskan maklumat fakta yang dikumpulkan
mengandungi fakta-fakta sehingga tarikh semasa sahaja dan
maklumat ini disediakan pada masa ini semata-mata untuk memaklumkan
kepada industri penerbangan dan orang awam mengenai situasi umum kemalangan
MH370 dan harus dianggap sebagai sementara serta tertakluk kepada pindaan atau
pembetulan jika keterangan tambahan diperoleh.


8. Pasukan Penyiasatan sedang menjalankan analisis maklumat fakta dan
mengkaji bidang-bidang berikut:

8.1 Kelayakan Terbang & Penyenggaraan dan Sistem Pesawat;
8.2 Operasi ATC dari 1719 hingga 2232 UTC pada 7 Mac 2014 [0119 hingga
0632 MYT pada 8 Mac 2014];
8.3 Penerima konsain Kargo;
8.4 Profil Anak Kapal;
8.5 Lencongan dari laluan Pelan Penerbangan Fail;
8.6 Maklumat Organisasi dan Pengurusan DCA dan MAS; dan
8.7 Komunikasi Satelit (SATCOM).

9. Bersama-sama aktiviti ini, Pasukan Penyiasatan juga menyediakan Prosedur
Operasi Standard (SOP) dan Senarai Semakan bagi siasatan mengikut Doc. 9756
AN965 sebagai persediaan untuk mengeluarkan pesawat, sebaik sahaja ia dikesan
oleh pasukan mencari.

10. Pada bulan-bulan akan datang, Pasukan Penyiasatan perlu menganalisis
untuk merumuskan kesimpulan dan perakuan keselamatan berdasarkan maklumat fakta
yang telah dikumpulkan. Selain analisis dan fasa kesimpulan penyiasatan,
langkah-langkah yang diambil adalah termasuk pengesahan selanjutnya mengenai
maklumat fakta mengenai perolehan bukti-bukti baharu.

11. Pasukan Penyiasatan menjangka maklumat fakta selanjutnya boleh
didapati daripada bangkai pesawat dan perakam penerbangan jika pesawat ditemui.
————————————————————————–

* Jika laporan itu tidak dapat didedahkan kepada umum dalam tempoh dua belas
bulan, Negara yang menjalankan penyiasatan hendaklah menyediakan satu kenyataan
interim secara terbuka pada setiap ulang tahun insiden, memperincikan
perkembangan siasatan dan isu-isu keselamatan yang dibangkitkan, jika ada.

** ICAO – Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, sebuah agensi khusus
Pertubuhan Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab bagi penyelarasan dan mengawal
selia perjalanan udara antarabangsa. Konvensyen menetapkan kaedah-kaedah ruang
udara, pendaftaran pesawat dan keselamatan, serta butiran hak pihak-pihak yang
menandatanganinya berhubung dengan perjalanan udara. Pada masa ini, sebanyak 191
Negara Terikat dalam ICAO.

*** Apabila lokasi kemalangan atau insiden serius tidak dapat
dipastikan sama ada berlaku di wilayah mana-mana negara, Negara Pendaftar
hendaklah memulakan dan menjalankan penyiasatan mengenai kemalangan atau insiden
serius. Bagaimanapun, ia boleh mewakilkan kesemua atau mana-mana bahagian
siasatan kepada Negara Lain melaui peraturan dan persetujuan bersama.

**** Bagi tujuan menjalankan penyiasatan terhadap faktor dan punca
kemalangan yang Peraturan ini terpakai, Menteri hendaklah melantik beberapa
orang sebagai Inspektor Kemalangan Udara, seorang daripadanya hendaklah dilantik
olehnya sebagai Ketua Inspektor Kemalangan Udara.

*****Ketujuh-tujuh Pertubuhan Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Udara:

. Australian Transport Safety Bureau (ATSB) of Australia
· Air Accidents Investigation Branch (AAIB) of United Kingdom
· Air Accident Investigation Bureau (AAIB) of Singapore
· Bureau d’Enquêtes et d’Analyses pour la Sécurité de l’Aviation civile
(BEA) of France
· Civil Aviation Administration of China (CAAC)
· National Transportation Safety Board (NTSB) of United States of America
· National Transportation Safety Committee (NTSC) of Indonesia
— BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori