• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Interim MH370 Bertaraf Antarabangsa, Berintegriti

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan interim dan maklumat faktual mengenai penyiasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah bertaraf antarabangsa dan berintegriti, kata bekas Ketua Juruterbang MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain.

Beliau berkata laporan yang dikeluarkan oleh Malaysian ICAO Annex 13 Safety Investigation Team for MH370 pada Ahad lepas telah dibuat dengan teliti dan telus.

Ia membutirkan rekod persiapan bagi penerbangan itu, komunikasi antara kokpit dengan kawalan lalu lintas udara, laluan penerbangan berdasarkan data satelit, kru dan kargo penerbangan malang berkenaan.

“Dengan penglibatan tujuh negara di bawah Pertubuhan Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Udara melibatkan Malaysia, China, Australia, Perancis, Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat, laporan itu adalah bagus, cara kerja yang teliti serta telus,” katanya kepada Bernama.

Nik Ahmad Huzlan berkata ia disokong dengan penglibatan pihak Boeing selaku pembuat pesawat Boeing 777-200ER, didaftarkan 9M-MRO itu menguatkan lagi katelusan laporan yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasatan keselamatan berkeanan.

“Penyiasatan yang dibuat amat teratur berdasarkan perundangan antarabangsa, dari segi struktur laporan pula ia amat teliti iaitu melibatkan temu bual lebih 120 orang dari pelbagai peringkat termasuk Jabatan Penerbangan Awam sendiri sehinggalah ke penerima konsain,” katanya.

Beliau berkata maklumat faktual laporan tersebut adalah mengenai perkembangan siasatan pesawat itu sehingga 7 Mac lalu dan ia berdasarkan fakta dikumpul sepanjang siasatan boleh dipercayai serta tidak memperlihatkan aspek lain seperti muslihat mahupun rekaan.

“Memang ada yang mempertikaikan dari segi bukti fizikal atau walau secebis serpihan sekalipun takkan tidak jumpa?, Apa yang boleh saya katakan ialah kita perlu bersabar kerana siasatan dan misi pencarian belum berakhir, perkara ini belum selesai.

“Semua orang ingin tahu, di mana, apa dan bagaimana, berdasarkan siasatan buat masa ini laporan itu yang diperoleh, maka tidak berapa tepat mengatakan pesawat itu tidak dijumpai, istilah yang tepat ialah masih belum dijumpai,” kata Nik Ahmad Huzlan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac tahun lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari sama.

Sementara itu Selamat Omar, 60, bapa kepada penumpang MH370, Mohd Khairul Amri berkata beliau telah menerima dengan reda kejadian itu sejak laporan awal yang mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

“Pakcik tak nafikan usaha pihak kerajaan, pakcik berterima kasih atas semua usaha yang pakcik kira amat wajar telah dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd