• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemahkotaan: Pegawai, Anggota PDRM Diingatkan Amal Prinsip SMI

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pegawai dan anggota polis yang bertugas bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim esok, diingatkan supaya mengamalkan prinsip SMI (Semua Mesti Ingat) bagi membuktikan kemampuan dan kewibawaan dalam menjalankan tanggungjawab.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika memberikan ingatan itu berkata semua pegawai dan anggota mesti menitikberatkan beberapa perkara iaitu disiplin, komitmen, ketrampilan diri, menjaga imej, penyabar serta berbudi bahasa memandangkan masyarakat sentiasa memerhatikan pasukan Polis Diraja Malaysia.

“Kepatuhan kepada disiplin sangat penting bagi menjadi faktor utama kejayaan operasi sesebuah organisasi.

“Amalkan budaya berfikir, musyawarah serta kebijaksanaan dalam membuat keputusan bagi menentukan keselamatan delegasi dan orang ramai,” katanya dalam ucapan pada majlis perjumpaan bersama-sama 1,200 petugas PDRM bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Teks ucapan Mohd Mokhtar dibacakan Timbalannya Datuk Ismail Yatim.

Mohd Mokhtar berkata kecemerlangan tugas yang ditunjukkan pegawai dan anggota semasa persidangan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) pada 2012, pilihan raya umum, Festival Layang-Layang Sedunia serta perarakan chingay baru-baru ini menjadi pengukur kepada penugasan untuk Istiadat Kemahkotaan.

“Oleh kerana Istiadat Kemahkotaan merupakan majlis yang berprestij, maka, sudah semestinya akan menarik perhatian ramai untuk hadir.

“Sehubungan itu, sudah pastinya menjadi harapan daripada pelbagai pihak untuk PDRM memastikan keselamatan dan keselesaan kepada tetamu,” katanya.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kelima akan berlangsung esok, di Istana Besar, di sini. – BERNAMA

Tags: PDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd