• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Industri Lembah Chuping Bakal Sedia 25,000 Peluang Kerja

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kawasan industri seluas 1,200 hektar yang akan dibangunkan di Lembah Chuping dekat sini bakal menyediakan 25,000 peluang pekerjaan, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata kawasan itu dirancang dibangunkan tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.

Katanya kerajaan negeri memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan Lembah Chuping terlebih dahulu atas kepentingan membantu rakyat mendapat pekerjaan sebelum diikuti dengan pembangunan di empat lagi kawasan iaitu bandar Kangar, Kuala Perlis, Sanglang dan Sungai Perlis.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri memerlukan RM961 juta bagi melengkapkan prasarana di kawasan industri Lembah Chuping bagi menarik minat pelabur datang melabur di kawasan berkenaan.

Untuk tujuan itu, kerajaan negeri memerlukan bantuan daripada kerajaan pusat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Memperkasakan Pembangunan Negeri Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

“Apabila segala prasarana disediakan termasuk bekalan elektrik, bekalan air, jalan raya, pembentungan, gas, kawasan perumahan dan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan industri, akan diikuti dengan pembinaan kilang-kilang,” katanya.

Azlan berkata projek Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu dirancang dibangunkan di bandar Kangar, pewujudan Bandar Maritim di Kuala Perlis, Pelabuhan Perantara Bersepadu Antarabangsa di Kuala Sanglang manakala Sungai Perlis akan didalamkan dan diperindah untuk tujuan pelancongan.

Katanya projek di Sungai Perlis akan memerlukan penduduk yang tinggal di kiri kanan tebing serta muara sungai dipindahkan ke kawasan penempatan yang akan disediakan nanti.

Selain menyediakan pasar terapung dan kawasan kelip-kelip, kerajaan negeri juga bercadang menyediakan perkhidmatan bot untuk aktiviti menyusuri sungai, katanya. – BERNAMA

Tags: Perlis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd