• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Terengganu Jejaki 498 Premis Gagal Daftar GST

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu mendapati masih ada 498 buah syarikat perniagaan di negeri ini yang gagal mendaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan 1 April ini.

Pengarahnya Datuk Hamzah Sundang berkata bagi menjejaki syarikat berkenaan, sebanyak 10 kumpulan dengan kekuatan 40 pegawai daripada bahagian GST, Penguatkuasaan, Pematuhan dan Perkastaman dikerah untuk ke premis berkenaan.

Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti lokasi syarikat berkenaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 240 adalah di Kuala Terengganu, Kemaman (93), Dungun (70), Marang (35), Besut (33), Hulu Terengganu (15) dan Setiu (12).

“Pemilikan tunggal dikesan paling banyak tidak berdaftar iaitu 223, diikuti pemilik entiti syarikat (196), perkongsian (75) dan persatuan (empat).

“Pegawai dan anggota kita akan melawat premis berkenaan bagi menemu bual dan menyemak akaun syarikat berkenaan dan jika layak didaftar, pendaftaran secara paksa akan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Operasi GST’ di Pejabat JKDM di sini hari ini.

Operasi yang dilancarkan serentak di seluruh negara itu akan berlangsung selama dua minggu bermula hari ini hingga 15 Mac.

Beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 5,899 entiti perniagaan sudah didaftarkan mengatasi sasaran 4,000 premis dan JKDM berpuas hati dengan kerjasama baik daripada pemilik perniagaan di negeri ini.

“JKDM amat berterima kasih dengan maklum balas positif daripada semua syarikat ini dan harapan kami supaya mereka yang belum mendaftar cepat-cepat berbuat demikian bagi memudahkan semua urusan serta mengelak daripada didenda,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd