BIADAP… seorang lelaki didapati menghina pejuang-pejuang keharmonian negara apabila menerusi status Facebook, menyamakan polis dengan anjing.
Melalui status kontroversi itu, dia menyatakan secara menyindir bahawa dalam buku Animal Farm oleh George Orwell, polis telah disamakan dengan anjing kerana mentaati perintah tanpa banyak soal serta melakukan kerja dengan efisyen untuk pemerintah.
Memang kasar dan biadap kenyataan itu, apatah lagi apabila dia mempu untuk mengepos status berkenaan dalam keadaan negara yang aman hasil tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa termasuk polis yang sedang dihinanya!
Apa yang pasti, lelaki ini tidak memiliki sensitivity untuk respect tugas-tugas pengawal keselamatan negara.
Bagaimana jika polis itu adalah bapa anda, sanggup gelarkan bapa sendiri anjing?
Kata orang, dah kena batang hidung sendiri nanti baru tahu langit tinggi atau rendah.
Amalan membaca tu memang bagus tapi kalau ilmu diambil dari sudut yang salah, beginilah jadinya.
Paling basic, kita bercakap soal tata susila orang timur dan beragama Islam.
Fikir-fikirkanlah..
– MYNEWSHUB.CC