TAK habis-habis nama Kamal Adli dikaitkan dengan aktres Emma Maembong, malah dirinya pernah didakwa menjadi orang ketiga yang menyebabkan terputusnya hubungan cinta pelakon cantik itu dengan pelawak Zizan Razak.
Baru-baru ini, Kamal dikhabarkan pula sudah membawa Emma bertemu ahli keluarganya untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi.
Pantas menafikan dakwaan tersebut, Kamal berkata dia sudah bosan dikatakan bercinta dengan Emma.
Menurutnya, memang dia berkawan baik dengan Emma namun hubungan mereka tidak lebih daripada rakan artis semata-mata.
“Cukup-cukuplah kata saya dengan Emma bercinta. Bosanlah gosip seperti itu. Kami kawan tetapi tidaklah rapat. Lagipun, Emma ada masalah yang belum diselesaikan. Saya sebagai kawan perlu faham dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah lagi.
“Memang kami kawan baik tapi tidak ada sampai bawa jumpa keluarga. Saya pun tidak mahu marah pihak yang menyebarkan cerita itu. Sudah biasa,” katanya memetik sebuah akhbar harian.
Hai, kesian betul dengan Kamal, tak sudah-sudah namanya dikaitkan dengan Emma. Tapi kalau betul pun apa salahnya.. Dua-dua pun dah kembali solo kan.
– MYNEWSHUB.CC

