TEKA-teki status percintaan antara pelakon Tasha Shilla dan peninju Muay Thai, Hans Wong masih lagi menjadi tanda tanya apabila masing-masing dilihat lebih senang mendiamkan diri.
BACA: Putus Cinta.. Hans Enggan Komen, Tunggu Jawapan TashaÂÂ
Apatah lagi, pelbagai spekulasi mula timbul hingga menjadi bualan peminat hiburan mengenai keretakkan hubungan Tasha dan Hans.
Menerusi portal Astro Gempak, seorang sumber mendedahkan hubungan cinta Tasha dengan kekasihnya itu sudah putus angkara orang ketiga.
Apa yang paling mengejutkan, orang ketiga yang dikaitkan adalah rakan baik Tasha sendiri yang juga merupakan penyanyi terkenal, Kaka Azraff.

Aik, kita yang mendengarnya pun seakan-akan susah untuk percaya kan?
Tambahan pula, mereka berdua pernah melancong bersama-sama di sebuah pulau peranginan terkenal di Indonesia bersama beberapa rakan selebriti wanita yang lain bagi menjayakan sesi fotografi pra-perkahwinan seorang artis.
Khabar angin makin bertiup kencang apabila Kaka dituduh sebagai perampas oleh rakan-rakan lain hingga dia dikeluarkan dalam kumpulan ‘WhatsApp’ yang terdiri daripada rakan-rakan artis (termasuk Tasha) kerana bengang dengan perbuatan Kaka.
Bagaimanapun, kami sendiri tidak dapat memastikan kesahihan yang dihebohkan ini, tapi jika benar Kaka sepatutnya tidak mengganggu hubungan percintaan rakan baik sendiri.
Apatah lagi sebelum ini, Tasha pernah mendedahkan sudah merancang untuk berkahwin dalam waktu terdekat.
Bagaimanapun, perkara ini tidak akan timbul jika seorang sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Betul tak?
Tak apalah, kita tunggu sahajalah jawaban Kaka dan Tasha mengenai dakwaan yang tersebar ini. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Astro Gempak