• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Ternakan Sistem Pawah Akan Ditambah

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Jumlah ternakan yang akan diberi menerusi sistem pawah akan ditambah sehingga 40 ekor bagi setiap penternak untuk meningkatkan pendapatan mereka sehingga mencecah RM4,000 sebulan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata jumlah ternakan seperti lembu yang diberi kepada penternak menerusi sistem pawah sekarang sangat sedikit sehingga ada yang menjual haiwan berkenaan daripada terus membela dan menternaknya.

“Sistem pawah ini nampak kurang berjaya kerana lembu yang diberi kurang, misalnya tiga atau empat ekor dan tak mungkin mereka yang baru menceburi bidang penternakan dapat mengusahakannya sepenuh masa kerana jumlah kecil.

“Akan berlakulah orang menjual lembu (yang diberi) dan bukannya membela.

Sistem ini tak berjaya bukan disebabkan orang tak suka bela lembu tapi kalau pelihara ia tak akan membantu,” katanya dalam sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 kementeriannya di sini, hari ini.

Sistem pawah yang kini dikenali sebagai skim Transformasi Usahawan Sektor Ternakan (TRUST) merupakan di mana kementerian memberi ternakan secara percuma kepada usahawan yang berminat menjadi penternak.

Apabila ternakan itu melahirkan anak, kementerian akan mengambil semula haiwan berkenaan, manakala anak haiwan berkenaan akan diberi kepada penternak untuk terus dibiakkan.

Ismail Sabri berkata perancangan untuk menambah pemberian jumlah ternakan kepada penternak memerlukan belanja yang besar dan pihaknya berharap kerajaan akan terus memberi bajet yang besar kepada kementerian dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sistem penyampaian terutama kepada nelayan, petani dan penternak akan gagal jika pegawai di peringkat akar umbi tidak melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan.

“Walaupun di peringkat kementerian kita ada perancangan tapi perancangan tanpa sokongan daripada peringkat akar umbi akan tinggal sebagai perancangan kerana yang melaksanakan perancangan bukan peringkat tertinggi tapi peringkat bawahan,” katanya.

Seramai 1,906 pegawai dan kakitangan kementerian, jabatan serta agensi di bawahnya menerima APC 2015 yang berlangsung tiga hari mulai hari ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini. – BERNAMA

Tags: haiwan peliharaanIsmail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd