• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jarmila Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Malaysia 2015

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain pilihan keempat, Jarmila Gajdosova dari Australia melangkah ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 selepas mengalahkan Luksika KumKhum, di sini semalam.

Walaupun menghadapi perlawanan sengit, Jarmila memang straight set 7-5, 6-2 ke atas lawannya dari Thailand itu dalam perlawanan pusingan kedua di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) di sini.

“Beliau (Luksika) merupakan pemain yang sangat berbakat. Beliau hebat dengan kedua-dua tangan. Ini merupakan penampilan suku akhir kali kedua bagi saya dalam kejohanan ini dan separuh akhir kedua dalam acara beregu.

“Saya bangga kerana melepasi halangan ini. Kejohanan di sini sama seperti beraksi di negara sendiri kerana cuaca yang sama. Saya rasa saya sudah bersedia untuk muncul sebagai pemain 50 terbaik dunia selepas kejohanan ini.

“Ini adalah permulaan baik bagi tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Jarmila akan menentang pemain Jepun, Kurumi Nara pada saingan suku akhir.

Pemain Jepun itu layak ke suku akhir selepas berhempas pulas selama tiga jam 13 minit untuk menyingkirkan pemain daripada pusingan kelayakan, Magda Linette dari Poland dengan keputusan 7-5, 5-7, 7-6 (8-6).

Dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua, pemain daripada pusingan kelayakan, Elizaveta Kulichkova dari Rusia dengan mudah menempah slot suku akhir selepas menjinakkan pemain Kazakhstan, Yulia Putintseva dengan keputusan 6-0 dan 6-2.

“Saya beraksi dalam cuaca panas…lebih-lebih lagi set kedua begitu mencabar dan keadaan mental yang kuat membolehkan saya memenangi perlawanan ini,” kata Elizaveta. – BERNAMA

Tags: tenis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kami Hanya Berentap Di Gelanggang” – Stephens

06/06/2018
0

PARIS - Juara Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens berkata, hubungannya dengan rakan baik Madison Keys akan tetap sama menjelang aksi...

Rafa Nadal Jagoan Tanah Liat Sepanjang Zaman

21/05/2018
0

ROME - Rafa Nadal memanfaatkan perlawanan ditangguhkan akibat hujan dengan bangkit daripada ketinggalan di set penentuan dan menewaskan juara bertahan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd