• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpengaruh Andaian Negatif Tentang GST

oleh Ahmad Albab
28/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Masyarakat diingatkan tidak terpengaruh dengan kenyataan negatif pihak tertentu berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga cukai baharu itu dilaksanakan Rabu depan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tanggapan bahawa pelaksanaan GST akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) bakal hilang tampuk pemerintahan juga merupakan mainan ‘halus’ yang sama sekali tidak mempengaruhi kerajaan dalam membuat keputusan berhubung pelaksanaan cukai itu.

Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan GST adalah bermatlamat menyelaras cara atau kaedah kutipan cukai bagi membolehkan pendapatan negara menjadi lebih kondusif.

“Banyak yang diperkatakan tentang GST ini tetapi kita kena tahu daripada 12 juta pekerja di Malaysia, hanya 1.2 juta orang yang bayar cukai…jadi kerajaan laksanakan GST untuk selaras cara kutipan yang kutipannya dikembalikan semula kepada rakyat.

“Pihak berkenaan, khususnya pakatan pembangkang sengaja mainkan isu GST ini hanya untuk memainkan perasaan rakyat dan di pihak kerajaan kami sedia memperbetulkan apa yang kurang dalam pelaksanaannya tetapi tunggulah sehingga ia dikuatkuasakan 1 April ini,” katanya semasa menutup mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1) di sini hari ini.

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Tengku Adnan berkata bagi memastikan rakyat tidak diambil kesempatan, kerajaan telah dan akan mengambil pelbagai pendekatan bagi membela dan melindungi pengguna.

Antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan bilik gerakan untuk memantau pelaksanaan dan aduan pengguna serta mengambil tindakan sewajarnya seiring dengan penguatkuasaan GST, katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berharap kerjasama erat antara PIBG dan pihak sekolah dapat terus dipertingkat bagi memastikan kecemerlangan yang dicatatkan pelajar dan sekolah dapat terus dikekalkan.

Pada majlis itu, Tengku Adnan turut menyampaikan sumbangan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) kepada PIBG sekolah itu kerana muncul sebagai sekolah terbaik seluruh Putrajaya dua tahun berturut-turut bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd