• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pandang Rendah Kuasa Membeli Pengguna

oleh Ahmad Albab
29/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peniaga tidak harus memandang rendah kuasa membeli pengguna dengan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah dan kemudian menyalahkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Hakikatnya, pasaran kini berdaya saing tinggi kerana peserta tempatan dan serantau yang kukuh kedudukannya sedang memasuki pasaran dengan produk berkualiti, sekali gus menawarkan pilihan lebih luas kepada pengguna.

Contoh jelas ialah segmen kopi.

Beberapa tahun lalu, pilihan adalah terhad kepada Nescafe keluaran Nestle, namun kini rak untuk kopi dipenuhi oleh lebih 30 jenama.

Pengarah Urusan Nestle (Malaysia) Bhd, Alois Hofbauer berkata pengguna tidak harus terlalu bimbang tentang pelaksanaan GST kerana peruncit akan mengambil kesempatan daripada kebimbangan itu.

“Bagaimanapun, tidak ada peruncit atau pengeluar yang akan menaikkan harga produk mereka lebih tinggi daripada pasaran kerana mereka tahu pengguna akan beralih kepada alternatif yang lebih murah,” katanya kepada Bernama.

Bagi membuktikan kata-kata mereka, Nestle antara syarikat terawal di sini yang mengambil langkah proaktif menawarkan pengurangan harga antara lapan dan 33 peratus kepada pengguna menerusi kempen promosi ‘Lebih Nilai, Lagi Hebat’, bulan lepas.

Bagaimanapun, Hofbauer berkata adalah amat penting bagi sebarang penjimatan daripada pengurangan harga itu dipindahkan kepada peruncitnya memandangkan Nestle tidak menjual produknya secara langsung kepada pengguna.

“Pada akhirnya, peruncit yang akan menentukan harga kepada pengguna,” katanya.

Sebenarnya Malaysia agak lambat dalam melaksanakan CBP kerana negara lain telah melaksanakannya pada 1990-an, namun tidak ada negara lain di dunia ini yang menguatkuasakan GSTseperti yang dirancang oleh Malaysia dengan senarai bekalan berkadar sifat dan dikecualikan yang panjang.

Di luar negara, GST atau cukai tambah nilai (VAT) berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan majoriti negara yang melaksanakannya.

Malah, ia merupakan antara cukai paling berjaya di United Kingdom sehinggakan tidak banyak yang membantah apabila kadar VAT dinaikkan kepada 20 peratus pada Januari 2011 daripada 17.5 peratus sebelum ini, berbanding cukai-cukai lain. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=I7aAfRipamw

Tags: GSTpengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1,668 Pengguna Telekomunikasi Kuala Pilah Terjejas, ‘Radio Transport System’ Kena Curi

1,668 Pengguna Telekomunikasi Kuala Pilah Terjejas, ‘Radio Transport System’ Kena Curi

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 1,668 pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan terjejas berikutan aktiviti vandalisme dan kecurian ke...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd