• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Kenakan GST Jika Terkecuali – Kastam

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (kastam) meminta pihak yang membekalkan perkhidmatan yang dikecualikan di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas orang ramai.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, mana-mana pihak yang melanggar perundangan GST seperti itu akan dikenakan tindakan tegas oleh kastam.

“Seramai 1,907 syarikat dan pemilikan tunggal yang memberi perkhidmatan perubatan pakar telah berdaftar di bawah sistem GST.

“Perkhidmatan perubatan pakar (outsourcing services) oleh doktor yang bukan pekerja hospital yang diberikan kepada pihak hospital adalah berkadar standard 6 peratus. Bagaimanapun perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada pengguna akhir adalah dikecualikan dari pengenaan GST,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas Khazali, invois yang dikeluarkan kepada pengguna tidak akan tertakluk kepada GST jika dikeluarkan oleh pihak hospital yang berdaftar dibawah Akta Kemudahan dan Pusat Jagaan Kesihatan Swasta 1998(Akta 586).

Menurutnya, invois juga tidak tertakluk kepada GST jika dikeluarkan oleh doktor yang menjalankan penyumberan luar (outsourcing services) kepada hospital dan disediakan bilik pemeriksaan oleh pihak hospital.

Katanya, ia termasuk doktor yang menjalankan penyumberan luar (outsourcing services) kepada hospital dan mempunyai klinik yang berdaftar dibawah Akta Kemudahan dan Pusat Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di dalam hospital.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, sebanyak 347,165 buah syarikat telah berdaftar di bawah sistem GST sehingga semalam dan pihaknya optimis GST akan dapat dilaksanakan dengan lancar apabila dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 April 2015. – mynewshub.cc

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd