• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Islam Bukan Pengancam Kedamaian

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Islam bukan pengancam terhadap kedamaian dan keselamatan, kata Jen Surayud Chulanont, Ketua Majlis Privi kepada Raja Bhumibol Adulyadej.

Oleh yang demikian, semua pihak perlu mengamalkan konsep kesederhanaan (wasatiyyah) untuk membawa masyarakat ke arah kedamaian, kata beliau ketika merasmikan Persidangan Pengajian Islam Antarabangsa ke-3, Isnin.

Persidangan bertajuk ‘Nilai-Nilai Islam Dalam Dunia Yang Semakin Berubah’ itu diadakan di Prince of Songkla University, Kampus Pattani (PSU Pattani) selama tiga hari, anjuran Kolej Pengajian Islam, PSU Pattani dan dihadiri 500 peserta dari 25 negara.

“Kita boleh bina kefahaman tentang konsep wasatiyyah pada era perubahan termasuk hak asasi manusia kumpulan minoriti dalam masyarakat,” kata beliau.

Ini semua perlukan kerjasama antara institusi pendidikan, intelektual, ahli akademik serta badan bukan kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang dialami dalam masyarakat kini, ujar Surayud.

Beliau berharap persidangan kali ini akan membentangkan perbahasan dan mengambil pengalaman tentang penerapan nilai Islam yang diamalkan masyarakat Islam dan bukan Islam yang berbeza di seluruh dunia untuk mewujudkan kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dalam masyarakat berbilang kaum.

Persidangan kali ini adalah susulan daripada dua persidangan sebelum ini iaitu pada 2010 yang bertajuk ‘Peranan Pengajian Islam dalam Pascaglobalisasi’ dan kedua pada 2013, ‘Pengajian Islam Dalam Dunia Yang Semakin Berubah: Cabaran dan Peluang’. – BERNAMA

Tags: islamThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang menyertai pertandingan ratu cantik transgender...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd