• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iskandar Pada Landasan Betul Untuk Emas Di Singapura

oleh Ahmad Albab
28/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

ATLET lompat bergalah negara, Iskandar Alwi membuktikan beliau berada di landasan yang betul untuk meraih pingat emas di Sukan SEA Singapura Jun ini apabila memperbaharui rekod kebangsaannya dengan mencatatkan ketinggian 5.16m.

Iskandar, 20, ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-92 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya 5.15m, yang dicatatkan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Kangar, Perlis tahun lepas.

Atlet berasal dari Johor itu berkata beliau masih tidak serasi dengan galah baharunya dan telah menggunakan galah lamanya untuk mencipta rekod tersebut walaupun beraksi dalam keadaan cuaca yang cukup panas.

“Saya masih tidak serasi dengan galah baharu saya kerana ia agak susah untuk lompat…jadi tukar balik ke galah lama dan hanya fokus satu lompatan sahaja dan Alhamdulillah berjaya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas acara itu.

Iskandar, yang akan beraksi pada Kejohanan praSukan SEA di Singapura minggu depan, berkata beliau hanya mampu mencatatkan ketinggian 4.90m apabila menggunakan galah baharunya.

Beliau berjaya memenangi pingat emas acara itu selepas mengetepikan Chan Sheng Yao dari Singapura yang mencatatkan 4.80m dan Mohd Afiq Alham dari Johor (4.60m) yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Iskandar bakal beraksi pada temasya Sukan SEA buat kali kedua pada Jun ini selepas membawa pulang pingat perak dari temasya sama di Myanmar dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Rayzhamshah W. Sofian dari Sabah telah meraih pingat emas dalam acara 110m lari berpagar lelaki dengan mencatatkan masa 14.18s.

Pingat perak dimenangi oleh Mohd Ajmal Aiman Mat Hasan dari Terengganu (14.22s) dan Mohd Robani Hassan dari Kuala Lumpur (14.51s) merangkul pingat gangsa.

Dalam acara 100m lari berpagar wanita, Raja Nursheena raja Azhar dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah merangkul pingat emas dengan masa 14.02s, mengalahkan Tran Thi Yen Hoa dari Vietnam (14.04s) dan Ku Munirah Ku Zamzuri dari Melaka (14.30s).

Sementara itu, dalam acara 4x400m lelaki, pasukan Kedah meraih emas dengan catatan masa 3:18.03s, diikuti ATM (3:18.70s) dan Sabah (3:22.10s).

Prestasi atlet negara secara keseluruhannya masih tidak memuaskan dengan tiada seorang pun atlet yang melayakkan diri ke Sukan SEA pada hari ini, menyebabkan jumlah atlet olahraga yang telah layak secara merit kekal 17 orang sejak semalam.

Kejohanan tiga hari yang akan berakhir esok merupakan peluang terakhir kepada atlet negara untuk mengesahkan tiket ke temasya Sukan SEA dari 5 hingga 16 Jun ini. – BERNAMA

Tags: atlet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd