• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kedah Tahan 13 Warga Asing Di Kulim & Sg. Petani

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Malaysia Kedah menahan 13 warga asing termasuk seorang kanak-kanak perempuan di empat lokasi berbeza di Kulim dan Sungai Petani awal hari ini.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata operasi pada 1.30 pagi itu disertai 24 anggota Imigresen Kedah melakukan pemeriksaan terhadap 53 warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati tujuh lelaki warga Bangladesh dan empat lelaki Indonesia berumur antara 18-40 tahun telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu memasuki negara ini tanpa pas yang sah dan 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal di negara ini selepas tamat tempoh pas.

“Kami turut tahan seorang wanita warga Indonesia berumur 28 tahun bersama anak perempuannya berumur lima tahun kerana tidak memiliki dokumen sah,” katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Katanya ada beberapa warga asing yang nyenyak tidur cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota Imigresen Negeri namun gagal kerana lokasi tersebut telahpun dikepung oleh pegawai bertugas.

Mohamad Yusri berkata kesemua warga asing yang ditahan di lokap Imigresen Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depot Imigresen Belantik di Sik. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd