• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Muda Mati Terikat Sebelah Bayi 2 Bulan

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang wanita yang baru bersalin dua bulan lepas, ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di sini malam ini.

Ibu berusia 26 tahun tersebut dijumpai dalam keadaan terikat bersebelahan dengan bayinya itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu kassim berkata suami mangsa yang baru pulang dari tempat kerja, terpaksa memecah masuk ke dalam rumah yang berkunci dari dalam itu kira-kira 8 malam.

Beliau berkata, mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya.

Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh. Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata bayi mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui sebarang kesan tikaman di badan mangsa,” katanya.

– BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd