Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

KAFA: Tiada Maklumat Rasmi...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak menerima sebarang maklumat rasmi...

Isteri Kerabat Negeri Sembilan...

JIKA ada yang masih ingin, pelakon Zahida Rafik pernah mencetuskan sensasi apabila memuat naik...

Lelaki Jadikan Ruang Tamu...

SEORANG lelaki mempunyai cara terbaik untuk menyejukkan badan dalam cuaca panas iaitu dengan...

Polis Lancar ‘Ops Tutup’...

KUALA LUMPUR - Polis pada Rabu melancarkan 'Ops Tutup' bagi memburu enam suspek...

Hudud: SKMM Siasat Laporan Kaitkan Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang cuba mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dakwaan itu tidak benar dan menggesa rakyat supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tersebar khususnya di media sosial.

“Perkara itu tidak benar…ada orang cuba palitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

“Setiap perkara yang tersebar mesti mendapat pengesahan. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kementerian itu di sini, Khamis.


Beliau diminta mengulas sama ada SKMM akan melakukan siasatan ke atas sebuah portal berita yang mengeluarkan satu laporan pada Rabu yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu berkenaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Travers pagi tadi bagi menafikan ia mengeluarkan kenyataan berkenaan.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori