• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Kereta Secara Keseluruhan Lebih Murah Dengan GST

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Secara keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan 1 April, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau menjelaskan GST hanya enam peratus sahaja manakala cukai jualan kenderaan ketika ini ialah 10 peratus. Cukai jualan kenderaan akan dimansuhkan pada 1 April, katanya.

Khazali memberitahu Bernama, kesangsian berhubung sama ada harga akan naik atau turun wujud susulan terdapat kekeliruan dalam kalangan pengedar kereta berhubung bagaimana mereka hendak menjual kereta yang mereka telah bayar cukai jualan kereta sebanyak 10 peratus.

“Sebenarnya, Kastam akan membayar balik cukai jualan 10 peratus yang telah dibayar oleh mereka dengan syarat mereka harus menunjukkan dokumen rasmi sebagai bukti yang mereka telah membayar cukai itu dan masih belum menjual kereta berkenaan setakat 31 Mac,” katanya.

Presiden Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur-Selangor (KLSCDCCA)) Khoo Kah Jin berkata beliau tidak menjangkakan penurunan ketara harga kereta kerana perbezaannya mungkin diimbangi oleh harga komponen kereta yang diimport berikutan kadar tukaran asing lebih tinggi.

“Harga kereta memang akan turun iaitu dua hingga tiga peratus dengan GST,” katanya.

“Namun, harga itu mungkin akan naik sedikit bergantung kepada kadar tukaran asing kerana kebanyakan komponen kereta adalah diimport, contohnya Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun,” katanya.

Khoo berkata bagi kereta terpakai, harganya juga dikenakan GST namun dimasukkan ke dalam Skim Margin bagi mengelakkan pembayaran cukai berganda.

“Pembeli (kereta terpakai) tidak akan terjejas dengan kenaikan harga kerana GST hanya dikenakan ke atas pengedar kereta terpakai berdasarkan keuntungan daripada jualan kereta.

“Sebagai contoh pengedar kenderaan terpakai membeli sebuah kereta dari seorang individu dengan harga RM30,000, kemudian menjualnya semula kepada individu lain dengan harga RM60,000, maka GST akan dikenakan ke atas kadar keuntungan RM30,000 itu sahaja,” katanya.

– BERNAMA

Tags: GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd