SUDAH memiliki dua anak lelaki segera, pelakon Hanez Suraya berharap dapat menimang cahaya mata perempuan dalam masa terdekat bagi menyinari perkahwinan yang baharu dibinanya dengan Romie Razin Adilha, Sabtu lalu.
Menurutnya lagi disebabkan statusnya sebagai isteri orang, Hanez kini meletakkan kerjaya seninya di tempat kedua selepas keluarganya.
“Kerjaya lakonan kini jatuh nombor dua, sekarang ini apa yang penting adalah anak-anak dan suami. Kami tidak merancang berhubung hal cahaya mata tetapi Romie mengharapkan anak perempuan bagi menyinari lagi perkahwinan kami.
“Memandangkan dua anak dari perkahwinan sebelum ini adalah anak lelaki maka Romie teringin untuk mempunyai anak perempuan pula,” katanya memetik Berita Harian.
Hanez dan Romie selamat bergelar suami isteri Sabtu lalu dengan sekali lafaz di Masjid Putra, Putrajaya.
Hanez menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan wang hantaran dirahsiakan.
Lokasi berbulan madu pasangan ini tidak lagi diketahui namun Romie berhasrat membawa Hanez menunaikan umrah pada bulan hadapan. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=PLRZQhdEE9I


