• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Melompat Jika Tak Tahu Hujung Pangkal” – Hadi

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kita adalah makhluk berilmu, bertamadun dan matang. Dengarlah dahulu apa yang ingin dikemukakan. Jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberi kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya”.

Itu kata-kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas pihak yang sangat kuata menentang rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Menurut beliau, pihak terbabit perlu memahami sebelum Enakmen Kanun Jenayah Syariat Kelantan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, ia terlebih dahulu dibentangkan kepada umum dalam pelbagai siri forum, seminar dan dialog.

“Enakmen berkenaan akhirnya dibawa ke DUN Kelantan pada tahun 1993 dan DUN Terengganu pada tahun 2000. Manakala Kelantan pula memperkukuhkannya secara mengadakan seminar dan sambutan mengenainya secara tahunan.

“Kini setelah lebih dari 20 tahun PAS memperkenalkan enakmen ini, disamping melaksanakan proses pendidikan mengenainya dalam masyarakat, dialog dan sebagainya, maka PAS ingin bergerak setapak lagi dalam proses mendidik masyarakat untuk mengenali hukum-hakam syariat Islam yang menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi berkata, enakmen itu bagaimanapun mengalami beberapa pindaan memperkemaskannya dengan mengambil kira cabaran dalam Perlembagaan dan masyarakat majmuk, tanpa paksaan dan bagi orang Islam sahaja setelah mengambil kira pandangan para ulama daripada semua mazhab dan sejarah pelaksanaan yang berjaya di sepanjang zaman.

“Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh PAS menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam Akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja,” jelasnya. – mynewshub.cc

 

Tags: DAPHadi AwangPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd