• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Bukan Punca Peniaga Kecil Gulung Tikar – Chua Tee Yong

oleh Ahmad Albab
31/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong menolak dakwaan pihak tertentu bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan peniaga kecil akan gulung tikar.

Chua berkata, sebaliknya ketiadaan waris untuk meneruskan perniagaan serta kegagalan bersaing dengan pasar raya besar dan kedai francais menjadi punca peniaga kecil terlibat menutup perniagaan mereka.

“Kita telah mengadakan pertemuan dengan persatuan kedai runcit bagi mengenal pasti masalah mereka dan kita dapati bukan GST sahaja yang menjadi punca mereka mahu menutup perniagaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa terdapat peniaga kedai runcit di Pulau Pinang terpaksa menutup perniagaan mereka kerana tidak mampu berdepan cabaran pelaksanaan GST, antaranya kenaikan sewa premis yang juga dikenakan GST.

Sementara itu, Chua berkata, peniaga dan orang awam dijangka mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk menyesuaikan diri dengan cukai baharu itu.

Katanya, masalah penyesuaian terhadap GST pasti dihadapi di mana-mana negara yang melaksanakan cukai baharu itu.

GST yang menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan dilaksanakan di seluruh negara bermula esok pada kadar enam peratus. – BERNAMA

Tags: GSTpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd