• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: 219 Syarikat Gagal Daftar Dikompaun RM3.28 Juta Di Johor

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebanyak 219 syarikat atau peniaga di negeri ini dikenakan kompaun berjumlah RM3.28 juta kerana gagal mendaftarkan perniagaan mereka selepas tempoh pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tamat pada 28 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri, Datuk Ramli Johari, berkata kompaun yang dikeluarkan itu adalah hasil operasi GST yang dibuat pihaknya di setiap daerah sejak 1 Mac.

“Atas arahan Ketua Pengarah Kastam, kita sudah memulakan operasi untuk mengesan dan mendaftarkan syarikat-syarikat ini secara paksa bermula Ahad lalu dan berakhir 15 Mac ini.

“Bagaimanapun, kita perlu berusaha lagi (dalam operasi) kerana mengikut maklumat, terdapat sejumlah 4,741 syarikat atau peniaga belum berdaftar GST di negeri ini, dengan 2,724 syarikat terletak di Johor Baharu, 548 (Batu Pahat), 1,118 (Muar) dan 351 (Kluang),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyertai operasi GST di Plaza Mentari, di sini, hari ini.

Ramli berkata, secara keseluruhan pihaknya juga menyediakan seramai 90 pegawai untuk melakukan operasi itu di seluruh Johor.

GST yang berkadar pada enam peratus bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus, bermula 1 April ini.

Setakat 28 Februari lalu, sebanyak 44,694 syarikat atau perniagaan di Johor mendaftar untuk GST sama ada secara in-situ (pendaftaran di premis ketika operasi), menerusi Kiosk GST atau mendaftar sendiri secara dalam talian.

– BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd