• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelandangan Tuntut Pengarang Vogue Minta Maaf

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Seorang gelandangan di sini menuntut kenyataan maaf secara peribadi daripada pengarang majalah fesyen Vogue selepas wanita itu bertindak memuat naik gambarnya sedang membaca majalah elit tersebut di laman Instagram baru-baru ini.

Wanita gelandangan tersebut, Maryse Dumas, 65, menyifatkan tindakan pengarang yang juga merupakan kerabat diraja Jerman, Elisabeth von Thurn und Taxis, 32, itu sebagai mengaibkan dirinya.

“Tidak elok mempersendakan gelandangan seperti kami. Hidup melarat begini bukanlah satu gurauan. Lihat bagaimana saya dikelilingi sampah sarap. Kehidupan kami cukup sukar. Malam sangat sejuk dan kamu akan jatuh sakit sekiranya tidak cukup tidur,” katanya.

Dumas berkata demikian sebagai mengulas sekeping gambar yang mencetuskan perdebatan hangat di internet selepas Taxis memuat naik gambarnya sedang membelek majalah itu sambil dikelilingi beg plastik, kotak kadbod dan beg pakaian.

Gambar itu ditulis dengan kapsyen: “Paris penuh kejutan… dan pembaca @vougue magazine berada di ceruk-ceruk yang tidak dijangka!”

Tidak tahan dikecam teruk oleh pengguna internet ekoran statusnya itu, Taxis memadam gambar tersebut dan membuat kenyataan maaf melalui akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun sehingga semalam, Dumas menegaskan bahawa dia masih lagi tidak menerima permohonan maaf secara peribadi daripada puteri berkenaan.

Majalah fesyen Vogue merupakan salah sebuah majalah elit yang diterbitkan di lebih 20 buah negara dengan jutaan naskhah dicetak sebulan. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=9FRzQfVo81A

Tags: gelandanganmajalah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

04/08/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki gelandangan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta di Stesen Monorel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd