• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Terjebak Unsur Mensia-Siakan Perjuangan Wira Negara

oleh Ahmad Albab
28/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Anggota tentera diingatkan sentiasa berwaspada dengan pengaruh persekitaran di dalam dan luar negara bagi mengelak terjebak menjadi ‘duri dalam daging’ yang mensia-siakan perjuangan wira negara.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ramai pejuang negara syahid mempertahankan ibu pertiwi serta ramai menjadi cacat manakala isteri menjadi balu dan anak-anak kehilangan tempat bergantung.

“Sebagai benteng hadapan negara, jangan sesekali ‘menjual’ maruah. Ingatlah perjuangan waira kita yang terdahulu. Semoga pengorbanan mereka dirahmati dan roh mereka ditempatkan bersama para syuhada,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah pada sambutan Hari Tentera Darat Malaysia (TDM) ke-82 peringkat negeri di Masjid Al-Rashid, Kubang Perun di sini, malam tadi yang dihadiri semua pasukan TDM di Perlis.

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin disambut Panglima 30 Briged Rejimen Sempadan Brig-Jen Zainal Abidin M. Said dan para pegawai kanan tentera.

Menurut baginda sebagai pasukan yang harus berada pada kesiapsiagaan tertinggi, anggota TDM tidak boleh alpa kerana mereka mempunyai tanggungjawab dan amanah amat besar untuk dilaksanakan.

“Beta mahu setiap anggota mengelak terbabit dengan gejala negatif yang mencemarkan nama baik institusi ketenteraan. Letakkan kepentingan perkhidmatan mengatasi kepentingan peribadi semoga apa jua cabaran dan halangan dapat diatasi dengan penuh keyakinan,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Terdahulu pada sebelah petang baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyertai ‘Program Kayuhan Kasih’ berbasikal sejauh 14 kilometer bermula di padang kawad Kem Oran di sini.

Program itu turut disertai 200 anggota tentera dan Kelab Berbasikal TTG Perlis dan mereka turut bersama Tuanku Syed Faizuddin menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah di Masjid Al-Rashid.

Dalam program kayuhan itu baginda berkenan singgah di empat buah rumah asnaf bagi menyampaikan bantuan, menyaksi sukan rakyat serta menyertai gotong-royong membersih masjid dan tanah perkuburan.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan, ceramah agama dan gotong-royong memasak makan tengah hari dan malam oleh anggota tentera bersama penduduk kampung di Masjid Al-Rashid. – BERNAMA

Tags: Tentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM11 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd