• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Mekanik Maut Motosikal Bertembung

oleh Ahmad Albab
27/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua mekanik maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Kampung Telaga Bata di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata dalam kejadian pada 10.20 malam itu, Mohd Noor A’fifi Noor Zamri, 21, dari Kampung Alor Melong di sini dan Ismail Othman, 35, dari Kampung Guar Kepayang, Pendang meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang pemboceng yang cedera ringan ialah Mohd Noor A’zizi Noor Zamri, 19, adik kepada Mohd Noor A’fifi kini dirawar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Menurut Adzaman, motosikal yang dinaiki Mohd Noor A’fifi dan adikanya dari arah Jalan Datuk Kumbar menuju ke HSB dikatakan bertembung dengan sebuah lagi motosikal ditunggang Ismail.

“Akibat pelanggaran itu kedua-dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Sementara itu, Noor Zamri Ahmad, 49, bapa kepada Noor A’fifi berkata beliau mendapat berita tersebut daripada Nor A’zizi sejurus selepas kemalangan itu.

Katanya, beliau dan isteri Norma Yaakob, 42, bergegas ke tempat kejadian bagi melihat keadaan dua anaknya dan ketika tiba di tempat kejadian isterinya juga hampir pengsan selepas melihat keadaan anak sulung daripada dua beradik itu.

“Nor A’fifi ni dalam perjalanan nak hantar adik dia Noor A’Zizi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Sultanah Bahiyah sebab adik dia masuk syif malam. Kalau malam, memang dia (Nor A’fifi) akan hantar dan selalu ikut jalan ban sungai ini (tempat kejadian),” katanya.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Padang Hang, Gunung Keriang, di sini hari ini.

Sementara itu Abdul Hamid Mat, 56, bapa mertua kepada Ismail berkata Allahyarham yang memiliki bengkel motosikal di Jalan Datuk Kumbar di sini meninggalkan seorang isteri Norzariah Abdul Hamid, 34, dan tiga anak iaitu
seorang perempuan dan dua lelaki berusia lima bulan hingga lima tahun.

Katanya, jenazah menantunya itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Guar Kepayang, petang ini. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd