Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Sistem Pendawaian Elektrik 50...

SEGAMAT - Kementerian Kesihatan Malaysia akan menaik taraf sistem pendawaian elektrik 50 hospital...

Samsung Galaxy S6 Edge...

SEBELUM ini, kami ada menyiarkan artikel berkaitan pihak Samsung yang mempelihatkan rekaan Galaxy...

Caj Klinik Swasta Naik:...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya memperluaskan skim insurans bagi kumpulan B40...

Covid-19: Ringgit Dibuka Rendah...

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini meneruskan penurunan pada Jumaat...

DBKL Umum Perkhidmatan Kena/Tidak Kena GST

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengeluarkan senarai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan itu yang akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 April ini.

Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan media turut menyenarai perkhidmatan DBKL yang dikecualikan GST.

Berikut merupakan perkhidmatan-perkhidmatan DBKL yang tidak dikenakan GST:

a) Perkhidmatan-perkhidmatan yang tertakluk kepada Perundangan dan Penguatkuasaan.

-Lesen-lesen yang dikawal melalui peruntukkan perundangan seperti lesen premis, lesen gerai, lesen penjaja, dan lesen anjing.

– Cukai hiburan, cukai taksiran dan permohonan merancang termasuk caj pembangunan.

b) Perkhidmatan-perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST.

– Sewa rumah Projek Perumahan Rakyat/ Perumahan Awam DBKL (PPR/PA)*

– Harga Jualan Rumah Projek DBKL

– Caj Perkhidmatan Badan Pengurusan (Management Committee)

Berikut merupakan perkhidmatan-perkhidmatan DBKL yang dikenakan GST:


a) Perkhidmatan-perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar sifar peratus.

– Bayaran bil air Perumahan Awam DBKL

b) Perkhidmatan-perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar 6 peratus tetapi cukai GST telah dimasukkan di dalam caj yang dikenakan (Tiada perubahan caj)

– Bayaran tiket masuk ke kolam renang DBKL, bayaran tiket menunggang kuda di taman awam, tandas DBKL, sewa gymnasium, perkhidmatan tram, dan Taman Orkid.

– Pendaftaran permohonan PPR/PA, dan perkhidmatan shuttle di taman-taman awam DBKL.

c) Perkhidmatan-perkhidmatan yang dikenakan GST kadar 6 peratus (Kadar GST 6 peratus ditanggung oleh pengguna)

– Sewaan kemudahan-kemudahan DBKL seperti Auditorium, dewan serbaguna, pusat komuniti, padang, gelanggang, dan stadium, tidak termasuk kediaman seperti di perkara 1. b) (perkhidmatan dikecualikan GST)*

– Dokumen tender, sewa tapak penjaja, sewa gerai, sewa kiosk, sewa bangunan milik DBKL, bayaran menaiki kereta kuda di Dataran Merdeka, dan caj tempat letak kereta.

Menurut DBKL, senarai lengkap berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan DBKL yang dikenakan GST dipaparkan melalui laman web www.dbkl.gov.my manakala sebarang pertanyaan boleh diemel kepada [email protected]. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori