• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dyana Sofya Kongsi Gambar Bangun Tidur Di Facebook

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DYANA Sofya Mohd Daud mula menjadi buah mulut seantero Malaysia setelah dia ‘terpilih’ menjadi calon kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil 2014 lalu, mewakili parti DAP.

Walaupun tewas di tangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, Dyana dilihat tidak terus malap dalam arena politik Malaysia.

BERKAITAN: Bekas Teman Lelaki Dakwa Dyana-Zairil Memang Ada Hubungan

Mana taknya, nama Dyana kembali menjadi sensasi selepas dirinya dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang juga dari DAP pada Oktober tahun lalu.

Namun, kontroversi tersebut hilang perlahan-lahan lantas sepi daripada dibicarakan.

Hinggalah semalam, tiba-tiba nama Dyana kembali panas apabila dia memuatnaik satu foto di laman sosial Facebook rasminya. Haa… gambar apa tu?

Untitled (2)

Dyana memuat naik gambar dirinya yang baru sahaja bangun dari tidur. Amboi, baru celik mata tapi tetap cantik!

Ramai tertanya-tanya, apa motif sebenar tindakan tersebut. Dah tak ada kerja sangat ke sampai bangun tidur pun nak ambil selfie dan muat naik ke Facebook?

Rupa-rupanya, ianya dilakukan Dyana bagi mempromosikan satu kempen memperkasakan wanita yang dilakukan majalah Marie Claire.

Dyana turut menyeru orang ramai untuk turut serta dalam kempen tersebut dengan melakukan tindakan serupa.

Terang Dyana, Marie Claire bakal menyumbang RM10 bagi setiap gambar ‘selfie bangun tidur’ yang dimuatnaik orang ramai.

Berdasarkan hasil carian #marieclairemalaysia, banyak individu menyertai seruan kempen tersebut dengan memuatnaik gambar bangun tidur mereka termasuk pelakon genit Sharifah Amani.

Untitled (3)

Kembali pada gambar bangun tidur Dyana, ruangan komen wanita berusia 28 tahun itu didapati mendapat reaksi bercampur daripada banyak pihak.

Sebilangan pengguna mengkritik Dyana kerana menganggap tindakan tersebut sebagai tak patut, malah ada segelintir menegur aurat yang terdedah.

Manakala sebahagian lagi, memuji wanita tersebut kerana mempromosikan kempen kesedaran tentang hak wanita kepada masyarakat Malaysia.

Tepuk kepala juga bila fikir konsep kempen ini. Apalah kaitan antara bangun tidur dan hak-hak wanita, kan?

Apa-apapun, kalau ada yang terniat untuk menyertai kempen ini, pastikanlah tak ada air liur basi melekat tepi pipi, ya!

– MYNEWSHUB.CC

PRK Teluk Intan – Dyana Sofya Dan Llim Kit Siang Dihalau Penduduk Melayu

https://www.youtube.com/watch?v=cLpgFZ8XK-U

Tags: DAPDyana Sofyapolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd