Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Hubungan 2 Hala Malaysia-Jepun...

KUALA LUMPUR - Pengukuhan hubungan ekonomi dua hala Malaysia-Jepun menawarkan potensi besar untuk...

Real Madrid Julang Liga...

CARDIFF - Kelab Real Madrid berjaya menewaskan Juventus 4-1 untuk menjulang Liga Juara...

Dong Jiao Zong Akui...

PUTRAJAYA - Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong)...

Budak Alami Masalah Mental...

APA yang berlaku ke atas seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang mengalami...

China Pengeksport Senjata Ketiga Terbesar

STOCKHOLM, Sweden – China mengatasi Jerman dan Perancis sebagai negara pengeksport senjata ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan Rusia, lapor sebuah badan pemikir yang beribu pejabat di sini semalam.

Laporan tahunan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) mendapati, jumlah dagangan senjata yang bernilai berbilion-bilion dolar menokok 16 peratus antara tahun 2010 hingga 2014 berbanding tempoh lima tahun sebelumnya.

Mengikut perangkaan SIPRI, AS jauh mendahului dengan pegangan 31 peratus eksport senjata konvensional dunia, manakala Rusia berada di tempat kedua dengan 27 peratus.

Tiga lagi pengeksport senjata ketinggalan jauh di belakang dengan setiap negara menguasai sekitar 5 peratus pasaran dunia. China mendahului sedikit berbanding Jerman yang berada di kedudukan keempat diikuti Perancis di tempat kelima.

Tiga negara Asia iaitu Pakistan, Bangladesh dan Myanmar mengambil dua pertiga daripada keseluruhan eksport senjata China. Beijing juga menjual senjatanya kepada 18 negara di benua Afrika sepanjang tempoh tersebut.


Pelanggan utama Rusia pula ialah India yang juga pengimport senjata terbesar dunia dengan 70 peratus daripada bekalan senjata diterima daripada Moscow.

AS mempunyai jumlah pelanggan terbesar dengan Korea Selatan sebagai pengimport utama tetapi Seoul cuma merangkumi sembilan peratus daripada dagangan keseluruhan senjata Washington.

Perangkaan SIPRI dibuat berdasarkan bilangan senjata api yang dihantar dan bukan nilai perjanjian pembelian senjata. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=O1AsznelZuQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori