• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Anggap Hubungan Dengan M’sia Terbaik Dalam Sejarah

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOAO (Hainan, China) – Negara China menganggap hubungan dua-hala dengan Malaysia adalah terbaik dalam sejarah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Beliau (Presiden China Xi Jinping) meletakkan hubungan China dan Malaysia sebagai antara keutamaan yang tertinggi pada pandangan beliau,” katanya selepas pertemuan dua hala dengan Jinping di sini, hari ini.

Najib juga berharap hubungan strategik yang menyeluruh dengan China akan diperkukuhkan dan menjadi lebih produktif selain dapat meningkatkan keberhasilannya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berada di sini untuk menghadiri Forum Boao Untuk Asia 2015 (BFA).

Ini merupakan lawatan rasmi kelima beliau ke China, dan lawatan pertama ke forum ini yang telah diilhamkan selepas forum tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Perdana Menteri berkata lawatan-lawatan seperti ini adalah amat penting dan bermanfaat kerana ia dapat mengkukuhkan lagi hubungan dua hala.

“Bukan saja cara formal tetapi hubungan erat secara peribadi antara pemimpin yang menjadikan hubungan kita lebih mantap lagi,” kata beliau kepada media Malaysia selepas pertemuan selama 45-minit dengan Presiden China itu.

Dalam pertemuan itu, Najib berkata mereka menyentuh pelbagai isu termasuk perdagangan, pertahanan, pendidikan serta usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong China ke Malaysia.

Najib berkata selepas dua peristiwa iaitu tragedi MH370 dan kes penculikan di timur Sabah, bilangan pelancong China yang datang ke Malaysia menurun sembilan peratus tahun lepas.

Justeru, katanya kerajaan perlu memgambil usaha-usaha yang lebih gigih untuk memulihkan keadaan ini, antaranya ialah memansuhkan bayaran visa untuk pelancong China.

“Ini akan membantu pihak China untuk melawat Malaysia dan yang kedua langkah kita untuk membuka pejabat konsulat kita di Nanning dan Xi’an, dijangka pada tahun ini bagi membolehkan kita membuat pusat memproses visa.

“Kita juga telah berbincang tentang kerjasama dalam bidang pertahanan dengan mengadakan latihan ketenteraan pertama antara Malaysia dan China, ” katanya.

Perdana Menteri berkata Jinping juga menyatakan sokongan kerjasama negara itu untuk menjayakan peranan dan insiatif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Katanya China juga memberi jaminan akan bekerjasama dengan Malaysia selaku anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi tempoh 1 Jan 2015 hingga 31 Dis 2016. – BERNAMA

Tags: ChinaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd