Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Dipenjara Hasut Teman...

NEW YORK – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) perlu menjalani hukuman penjara 15...

Panda Berusia 23 Tahun...

CHENGDU - Sekor panda gergasi berusia 23 tahun melahirkan anak kembar di pusat...

JDT Tak Pernah Kalah...

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar...

Dua Beranak, Kereta Dilarikan...

MACHANG - Dua beranak termasuk bayi berusia setahun dilarikan dua lelaki bersama kereta...

Cadang SPAD Perkenal Sistem Penilaian Perkhidmatan Pemandu Teksi

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mencadangkan agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperkenalkan sistem penilaian melalui aplikasi telefon pintar bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi.

Sistem berkenaan bagi membolehkan pengguna teksi memberikan penilaian berdasarkan perkhidmatan pemandu teksi dan menghantarnya terus kepada SPAD.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata pengusaha atau pemandu teksi akan lebih bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang lebih efisien selaras dengan kadar tambang teksi baharu.

“Saya rasa tiada halangan bagi SPAD untuk menaikkan tambang jika pengguna mendapat perkhidmatan yang berkualiti.

“Jika, kualiti perkhidmatan teksi ditingkatkan, mungkin rakyat tidak akan merungut apabila kadar tambang dinaikkan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan bagi program ‘Dalam Radar’ Bernama Radio24 di sini, Selasa malam.

Khamis lepas, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa dibenarkan naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta-merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres dan rel akan naik 22.6 peratus.

Pengumuman kadar teksi oleh SPAD mendapat bantahan pengguna yang menyifatkan kenaikan itu tidak wajar berikutan pelbagai beban kos sara hidup yang dihadapi masa ini.


Kabinet pada Jumaat lepas memutuskan bahawa pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel ditunda hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Bagaimanapun, semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata pelaksanaan tambang baharu teksi diteruskan manakala perkhidmatan bas ekspres dan rel ditunda.

Kali terakhir semakan semula kadar tambang teksi dan bas ini adalah enam tahun lepas.

Sheikh Nafiq berkata exco pemuda UMNO juga bersedia untuk menawarkan perisian aplikasi telefon pintar dan bekerjasama dengan SPAD supaya orang ramai boleh menggunakan aplikasi berkenaan sekali gus menikmati perkhidmatan teksi yang lebih baik.

Katanya, sistem itu akan menjadi platform terbaik antara rakyat dengan SPAD dalam menyelesaikan masalah berbangkit berkaitan pengangkutan awam termasuk kenaikan tambang teksi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori