• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benjy Ditahan Lagi Kes Dadah Buat Kali KEEMPAT?

oleh AK-47
30/03/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, kami ada menyiarkan tentang penangkapan seorang penyanyi popular yang dilaporkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

BACA: Bekas Vokalis Kumpulan Popular Positif Dadah

Nampaknya, dunia hiburan dikejutkan lagi apabila seorang pelakon lelaki didakwa ditahan buat kali keempat dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu dalam satu sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.

Menurut Berita Harian, pelakon yang tidak didedahkan namanya itu merupakan anak kepada seorang dramatis terkenal.

Pelakon lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.
Pelakon lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.

Mengikut laporan polis, suspek ditahan bersama seorang lelaki setelah pihak polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 52.27 gram.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menjumpai satu kotak di dalam but kereta yang mengandungi beberapa botol plastik tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Selain itu, satu paket dadah jenis syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu dengan berat 193 gram turut ditemui.

Malah, pemeriksaan yang dilakukan dalam kenderaan itu turut menjumpai tujuh kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd