• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Balik Cukai Terlebih Dalam 2 Hari

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Pembayar cukai boleh mendapat bayaran balik cukai terlebih bayar daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam masa dua hari selepas menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), kata Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

Beliau berkata, bayaran balik cukai terlebih bayar kepada LHDN boleh dilakukan dalam masa dua hari jika segala maklumat yang diberikan adalah betul.

“Bila maklumat yang diberikan adalah betul kita akan proses dengan cepat. Tapi bila hantar borang dengan maklumat yang tidak lengkap ini akan menyebabkan LHDN makan masa untuk proses.

“Secara purata kalau hari ini hantar, esok proses, lusa dia (pembayar cukai) dapat (bayaran cukai terlebih bayar). Bagaimanapun, semua ini bergantung kepada jumlah BNCP yang diterima,” katanya ditanya mengenai tempoh pembayaran balik cukai terlebih bayar.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah umum bertajuk ‘Driven By Vision: Fuelled by Creativity and Innovation’ dalam program Ceramah Ketua Pegawai Eksekutif di Akademi Percukaian Malaysia di sini hari ini.

Mohd Shukor berkata, dijangkakan empat juta pembayar cukai di negara ini menggunakan sistem e-Filing dan ia mewakili kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan pembayar cukai.

Kemudahan e-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Laporan sebelum ini menyebut, tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.

Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada 30 April ini dan penalti akan dikenakan sekiranya mereka gagal mengisi borang selepas tarikh itu. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd