• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayar Cukai Guna Kad Kredit Disambut Baik

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia menyambut baik penggunaan kad kredit untuk membayar cukai pendapatan kerana ia akan mengelakkan pembayar cukai dikenakan penalti manakala kerajaan pula menerima faedah daripada kutipan cukai secara langsung.

Presidennya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu juga memudahkan pembayar cukai.

“Saya rasa ini langkah bagus LHDN kerana lebih banyak saluran pembayaran disediakan lagi mudah orang ramai menunaikan kewajipan.

“Memang akan timbul soal hutang tetapi mereka yang tidak mempunyai masa untuk ke LHDN boleh pergi ke bank dan melakukan pembayaran menerusi kad kredit. Ini sudah pasti akan memudahkan pembayar cukai,” katanya.

Pembayar cukai juga boleh merancang kewangan mereka dengan lebih baik apabila menggunakan kemudahan kad kredit, katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi telefon.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan pembayar cukai boleh membayar cukai pendapatan mereka menerusi kad kredit Visa, MasterCard atau American Express serta kad debit yang dikeluarkan oleh institusi perbankan di negara ini.

LHDN menjangka inisiatif baharu ini akan meningkatkan transaksi cukai pendapatan dalam talian sehingga 25 peratus berbanding 12.13 peratus daripada 7.53 juta transaksi pembayaran cukai tahun lepas.

LHDN mencatatkan kutipan cukai berjumlah RM133.694 bilion pada 2014, peningkatan 3.6 peratus daripada tahun sebelumnya.

Kerajaan dan LHDN yakin inisiatif baharu ini akan menyaksikan kutipan cukai langsung mencapai RM142.646 bilion tahun ini di sebalik pelbagai cabaran luaran termasuk kejatuhan harga minyak serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan bermula 1 April ini. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd