• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Khas Urus Pengambilan Pekerja Asing Bakal Diwujud

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mewujudkan badan khas bagi mengurus pengambilan pekerja asing,persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan badan itu yang telah diputuskan Kabinet, akan berfungsi untuk mengkoordiansi semua proses pengambilan dan pendaftaran serta pemantauan dan penguatkuasaan pekerja asing.

Beliau berkata ketika ini urusan pengambilan pekerja asing melibatkan 11 kementerian dan agensi berlainan.

“Dengan keputusan Kabinet untuk mewujudkan badan khas pengurusan pekerja asing ini, kita berharap langkah-langkah penyelarasan dapat dilakukan termasuk dari segi penguatkuasaan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat).

Ahmad Zahid berkata setakat ini terdapat 2.05 juta pekerja asing di Malaysia, 1.9 juta daripadanya adalah pekerja tidak mahir manakala 150,000 lagi adalah pekerja mahir.

Katanya pekerja asing dibawa masuk sebagai buruh dalam sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan, pertanian dan juga sebagai pembantu rumah.

Mengenai jenayah yang melibatkan pekerja asing, Ahmad Zahid berkata pada tahun lepas, sebanyak 13,997 atau 14.8 peratus daripada 94,371 kes yang dilaporkan melibatkan pekerja asing.

Justeru katanya, dakwaan bahawa kebanyakan jenayah dilakukan pekerja asing adalah tidak benar.

Katanya pihak berkuasa juga akan terus menjalankan operasi untuk mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini.

Beliau berkata daripada Januari sehingga 25 Mac tahun ini, sebanyak 1,855 operasi telah dilaksanakan Jabatan Imigresen dan kira-kira seramai 12,000 pekerja asing tanpa izin telah ditangkap manakala 134 majikan ditahan kerana kesalahan mengambil pekerja asing tanpa izin.

Ahmad Zahid berkata program serah diri secara sukarela pada tahun lepas telah mendapat sambutan seramai 112,278 pendatang tanpa izin dengan jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM44.8 juta.

Manakala sehingga 25 Mac tahun ini, seramai 19,482 pendatang tanpa izin telah mengikuti program ini, dengan jumlah kompaun sebanyak RM7.7 juta telah dikeluarkan, katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Mohd Johari Baharum (BN-Kubang Pasu), Ahmad Zahid berkata terdapat kira-kira 530 lorong tikus di sepanjang kawasan Perlis hingga Kelantan yang bersempadan dengan Thailand.

Katanya selain menjadi akses keluar masuk warga kedua-dua negara, ia turut menjadi laluan untuk menyeludup masuk senjata, dadah dan barangan bersubsidi ke negara jiran.

Katanya antara cadangan untuk membendung masalah jenayah di sempadan ialah membina pagar keselamatan elektrik.

Bagaimanapun, katanya anggaran kos pembinaan sebanyak RM5.1 bilion adalah terlalu tinggi. – BERNAMA

Tags: pekerjaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6,000 Staf Terpaksa Digugur, Henti Ganggu Pelan Pemulihan MAS

Next Post

VIDEO: Sweet..! Kucing Lindungi Bayi Daripada Dipukul

Related Posts

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

VIDEO: Sweet..! Kucing Lindungi Bayi Daripada Dipukul

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd