Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bukan Niat Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Susulan insiden kebakaran pusat tahfiz di sini yang mengorbankan 23...

Video: Kakak Campak Adik...

VIDEO yang semakin mendapat perhatian netizen di laman sosial ini ternyata suatu perkara...

Tidak Lantik Pihak Ketiga...

KUALA LUMPUR - Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah mengesahkan bahawa mereka tidak pernah...

Hubungan Baik Mudahkan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Keakraban hubungan luar Malaysia dengan banyak negara memudahkan negara ini...

Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong

SEKALUNG tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie yang baru sahaja menerima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia bertempat di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan malam tadi.

Wah, bertuah sungguh penyanyi lagu Sejati ini kerana bukan semua artis berpeluang menerima anugerah sebegini.

Dalam pada itu, Awie sempat bercerita serba sikit mengenai anugerah yang baru diterima olehnya itu.

“Saya berterima kasih atas anugerah sandang kebesaran Gayong ini. Di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 ini, saya menerima sandang Sri Pelangi Gangga Chula Sakti selaku Imam Khalifah Gayong,” kata Awie.


Jelas Awie, dia sebenarnya sudah lama terlibat dalam Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

“Semenjak kecil saya sudah belajar seni silat gayong. Arwah bapa saya juga merupakan guru silat, namun begitu, bapa saya enggan mengajar saya. Jadi saya mencari inisiatif sendiri untuk belajar bersilat,” ujarnya lagi.

Semoga dengan penganugerahan ini dapat memberi semangat buat Awie untuk bergiat lebih aktif dalam bidang seni silat ini.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Awie

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori