• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Australia Siasat Remajanya Jadi Pengebom IS

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Australia berusaha mengesahkan dakwaan kumpulan militan Islamic State (IS) bahawa seorang remajanya terbunuh selepas meletupkan diri dalam satu serangan berani mati di Iraq, kata Menteri Luar Julia Bishop semalam.

IS kelmarin mengeluarkan gambar yang didakwa menunjukkan remaja yang dikenali sebagai Abu Abdullah al-Australi sebelum dia melakukan serangan berani mati di bandar Ramadi. Media Australia baru-baru ini mendedahkan identiti remaja itu ialah Jake Bilardi.

“Saya boleh mengesahkan kerajaan Australia sedang cuba untuk mengesahkan kesahihan laporan bahawa remaja dari Melbourne berusia 18 tahun itu telah terbunuh serangan berani mati di Asia Barat,” kata Bishop.

Pihak berkuasa Iraq memaklumkan 13 kenderaan IS digunakan untuk menyerang kedudukan tentera Iraq di Ramadi yang merupakan ibu negeri wilayah Anbar. Tiada perincian tentang mangsa yang cedera atau maut diberikan.

Menurut Bishop, pasukan keselamatan Australia percaya 90 warganya kini menyertai IS, manakala 20 lagi rakyatnya dipercayai terbunuh dalam beberapa pertempuran.

Pada minggu lalu, dua beradik ditahan di Lapangan Terbang Sydney ketika cuba meninggalkan negara itu untuk menyertai IS.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) semalam turut melaporkan Bilardi telah meninggalkan bom buatan sendiri di rumahnya sebelum bertolak ke Syria. Perdana Menteri, Tony Abbott sebelum ini menegaskan kerajaan sedang berusaha untuk melindungi belia Australia daripada menjadi umpan IS. – Reuters

Tags: AustraliaIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd