Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Sindrom Penafian Dalam...

JULAU - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa...

Jersi Baharu Skuad Bola...

BUTTERWORTH - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi baharu skuadnya bagi...

Kes Bunuh Diri Kanak-Kanak...

KES bunuh diri kanak-kanak di Jepun mencapai angka tertinggi dalam tempoh tiga dekad,...

Ustaz, Warden Pusat Pemulihan...

Taiping : Seorang bergelar ustaz serta tiga warden pusat pemulihan dadah di Padang...

Ashraf Sinclair Pelawa Produser Malaysia Ajaknya Berlakon

PETALING JAYA – Pelakon Ashraf Sinclair menyatakan perasaan rindu terhadap bidang lakonan yang lama ditinggalkan di negara ini kerana berpindah ke Indonesia selepas berkahwin dengan pelakon dan penyanyi negara itu iaitu Bunga Citra Lestari, 32.

Ashraf, 39, berkata dia jarang berada di Malaysia dalam jangka masa yang panjang termasuk ketika Hari Raya Aidilfitri kerana terlalu sibuk dengan kerjaya di negara seberang.

“Sudah lama tidak berpeluang meluangkan masa lama di Malaysia. Saya rindukan keluarga di sini. Kalau di sana saya berlakon daripada pagi hingga malam, selalunya hari minggu juga terpaksa bekerja.

“Saya rindu untuk berlakon dengan produksi filem di sini yang mana saya lihat semakin berkembang dan ada filem-filem produksi tempatan yang menarik perhatian saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Ashraf berada di Malaysia bagi mengikuti rangka promosi lagu baharu isterinya berjudul Wanita Terbahagia.

Dalam pada itu, Ashraf berkata, buat masa ini dia berehat sementara terhadap lakonan sinetron di Indonesia bagi memberi perhatian terhadap projek terbaharu iaitu teater di negara ini.


Katanya, dia mencari peluang jika ada yang ingin menawarkannya berlakon dalam filem atau drama sepanjang berada di negara ini.

“Beberapa bulan lagi saya akan balik ke Malaysia dalam tempoh kira-kira dua bulan untuk projek sebuah teater tempatan yang akan diberitahu tidak lama lagi.

“Setakat ini tiada tawaran berlakon drama atau filem, mungkin mereka tidak tahu saya di sini, oleh itu kalau ada yang nak bagi tawaran silakan,” ujarnya.

Ashraf berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008, di Jakarta dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Sinclair, 4.

mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori