• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Nelayan Vietnam Tangkap Gamat Di Perairan Tok Bali

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menahan sebuah bot laut dalam nelayan Vietnam kerana menceroboh perairan negara ini untuk menangkap gamat di kawasan 37 batu nautika timur laut Tok Bali di sini, awal pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 10 Tok Bali, Komander Maritim Khoo Teng Chuan berkata pihaknya turut menahan seorang tekong dan empat awak-awak serta merampas lima kilogram gamat pada 1 pagi tadi.

“APMM juga merampas sebuah tangguk iaitu sejenis peralatan yang digunakan untuk menangkap gamat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini.

Khoo berkata kegiatan nelayan asing itu boleh merosakkan ekosistem laut dan mengurangkan hasil tangkapan ikan oleh nelayan selain gamat merupakan spesies dilindungi.

Sehingga kini, APMM telah menahan empat bot Vietnam dan merampas 400 hingga 500 kilogram gamat bernilai antara RM10,000 dan RM20,000, katanya.

Khoo berkata pencerobohan nelayan asing untuk menangkap gamat semakin menjadi-jadi di perairan Kelantan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lepas berikutan harga gamat di Vietnam adalah tinggi iaitu RM26 sekilogram berbanding RM10 di pasaran tempatan.

Dalam pada itu, katanya APMM akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa ketua kumpulan nelayan itu kerana menyogok wang tunai RM5,000 kepada anggota APMM yang menahan mereka.

Jelasnya, nelayan terbabit juga akan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran dan jika sabit kesalahan bot akan dirampas, tekong akan didenda tidak lebih RM1 juta dan awak-awak didenda tidak lebih RM500,000.

– BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd