• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Airbus A400M-Pesawat TUDM Generasi Y

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Aset terbaharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Airbus A400M, yang menjadi daya tarikan utama Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15) merupakan pesawat Generasi Y (Gen-Y).

Ketua Juruterbang 22 Skuadron A400M Leftenan Kolonel Masro Kaliwon TUDM berkata pesawat itu memiliki sistem digital automatik tercanggih yang sesuai dikendalikan oleh juruterbang generasi muda yang mahir teknologi.

Beliau berkata proses pemilihan juruterbang dan anak kapal A400M juga mengambil kira kriteria pegawai Gen-Y yang menepati sasaran untuk mengendalikan pesawat ini.

“Gen-Y suka bertanya dan dalam bidang penerbangan, kita perlu sentiasa bertanya bagi memastikan pengetahuan kita berkaitan sesebuah pesawat terutama pesawat A400M sentiasa terkini,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata pasukan pertama yang mengendali pesawat A400M terdiri daripada empat juruterbang dan dua anak kapal yang telah menjalani latihan di International Training Centre di Sevilla, Sepanyol pada September tahun lepas.

Selain beliau selaku ketua juruterbang, anggota lain ialah Mejar Baharin Mohamad TUDM sebagai juruterbang kedua, Load Master terdiri daripada Pegawai Waran Udara I (PWUI) Mohd Yunus Kamaruddin, PWUI Mohd Rizal Rejab dan juruterbang ketiga dan keempat Mejar Ahmad Laludin Hamdan Md Loni TUDM dan Mejar Phanom Achuan TUDM.

Beliau berkata pasukan pertama daripada 22 skuadron A400M itu menjalani latihan kira-kira lapan bulan bagi mempelajari sistem dan memahami operasi pesawat itu.

“Latihan ini dijalankan secara komprehensif bagi memastikan setiap juruterbang dan anak kapal faham dan mampu melakukan operasi penerbangan dengan lancar,” katanya.

Masro berkata teknologi pesawat A400M dapat mengurangkan had masa dan ruang yang dihadapi TUDM ketika menjalankan operasi sebelum ini dengan hanya menggunakan pesawat C130.

Dalam pada itu, katanya pesawat A400M juga akan digunakan bagi menjalankan misi Angkut Udara Strategik dan Angkut Udara Taktikal kerana ia berupaya melaksanakan operasi merangkumi penugasan berkaitan Pemindahan Perubatan (Medevac), Penghantaran Udara (Paratrup dan Logistik) serta Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

“Misi angkut udara strategik adalah termasuk menjalankan operasi penerbangan jarak jauh ke luar negara untuk HADR serta pengisian semula minyak di udara dan misi logistik.

“Pesawat A400M juga mampu membawa kargo sebanyak 37 tan dalam operasi HADR dan boleh tiba di tempat yang dituju dengan segera bagi misi bantuan bencana,” katanya.

Beliau berkata bagi menjalankan misi angkut udara taktikal, pesawat A400M akan digunakan untuk membuat penghantaran udara termasuk penghantaran anggota payung terjun, kargo serta bekalan kepada pasukan tentera darat di barisan hadapan.

“Kita perlu menghantar bekalan dan trup dengan secepat mungkin dalam setiap misi yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Keupayaan A400M memenuhi setiap keperluan itu adalah kelebihan pesawat ini,” katanya.

Pesawat A400M itu tiba secara rasmi di Malaysia pada 15 Mac lepas dan disambut oleh Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Roslan Saad.

Selain Malaysia, turut memiliki A400M ialah Perancis, Jerman, Turki dan United Kingdom. Malaysia juga negara pertama memiliki pesawat ini di Asia.

Pesawat A400M itu diperkenalkan secara rasmi buat julung kalinya di negara ini menerusi LIMA ’15. – BERNAMA

https://youtu.be/F8NcDsmfIRc

Tags: Airbus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

08/05/2024
0

Kuala Lumpur : Syarikat Airbus Helicopters mengesahkan menawar H225M dalam pembidaan untuk program perolehan 12 helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia...

Satelit Komunikasi MEASAT-3d Dibina Airbus Sedia Dilancarkan

14/06/2022
0

TOULOUSE: Satelit komunikasi MEASAT-3d yang dibina oleh Airbus kini berada di Kourou, Guiana Perancis dan sedia untuk dilancarkan dengan menaiki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd