Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kecewa Tak Dibayar Gaji,...

KECEWA tidak dibayar gaji, seorang pekerja asing warga Myanmar nekad mengelar lehernya dengan...

147 Ketua Bahagian UMNO...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 147 Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara mendesak Majlis...

Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan...

PUTRAJAYA - Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dewan Solat...

Lelaki Bunuh Teman Wanita...

BANGKOK - Seorang lelaki disyaki membunuh dan mengerat teman wanitanya kepada 14 bahagian...

Ahli Parlimen Pembangkang Cukur Rambut Demi Anwar

KUALA LUMPUR – Kira-kira 50 orang termasuk Ahli Parlimen Pembangkang mengadakan protes di luar Parlimen pada Selasa berikutan tindakan Jabatan Penjara enggan membenarkan ketua mereka yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Peserta protes pada masa sama turut membotakkan kepala sebagai simbol menggesa kerajaan membebaskan Ketua Pembangkang agar membolehkan beliau hadir pada sesi kali ini.

Antara Ahli Parlimen yang membotakkan kepala ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong; Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Macang Bubuk, Lee Kai Lun.

Petisyen yang dikemukakan ketua pembangkang untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat telah ditolak oleh Jabatan Penjara secara rasmi.


Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

– mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori