• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ah Chai Hina Sukan Bola Sepak! – TMJ

oleh Ahmad Albab
09/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Goh Ah Chai menghina sukan bola sepak Malaysia dan para peminatnya kerana mempertahankan mutu pengadilan Liga Malaysia yang lemah.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, tindakan Ah Chai mempertahankan mutu pengadilan merupakan satu lagi contoh tindak balas cetek dan angkuh daripada wakil FAM yang jahil tentang bola sepak.

“Beliau (Ah Chai) bagi pihak FAM sekali lagi mencabar kecerdasan rakyat Malaysia yang selama ini menyokong institusi bola sepak. Ribuan penyokong yang datang ke stadium bersusah payah mengeluarkan wang poket sendiri kini diberitahu bahawa standard pengadilan sudah cukup baik.

“Ah Chai telah menghina bola sepak dengan kata-kata kurang bijak beliau. Berapa banyakkah permainan yang telah beliau tonton untuk musim ini?” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan Ah Chai menganggap Tunku Ismail tidak layak untuk memberi komen tentang mutu pengadilan Liga Malaysia kerana tidak mempunyai kelayakan dan sijil pengadil atau kejurulatihan bola sepak.

Ia berikutan tindakam baginda mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia sewaktu perlawanan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Sarawak baru-baru ini dan meminta supaya FAM memberi perhatian serius terhadap isu tersebut.

Tunku Ismail seterusnya bertitah, kenyataan Ah Chai bahawa pengadil juga manusia maka tidak terlepas daripada melakukan kesalahan tidak adil kerana peminat bola sepak Malaysia juga merupakan manusia yang mampu menilai.

Justeru, beliau menganggap Ah Chai satu lagi contoh khadam yang mengiyakan segala kata tuannya dan sering menyalahkan kebijaksanaan orang lain dengan cara mewajarkan pengadilan yang sub-standard.

“Membuat kesilapan demi kesilapan dan tidak membetulkannya. Sedihnya, ini adalah cara FAM memilih untuk beroperasi,” titah baginda.

Titah baginda, kejahilan dan keangkuhan adalah kunci kepada kegagalan dan kemusnahan sedangkan kesediaan untuk belajar kunci kepada kejayaan dan kebahagiaan.

“Perkara yang baik FAM lakukan, saya ucapkan syabas. Perkara yang ada kelemahan kita tegur. Saya tegur bukan sekadar suka-suka. Teguran saya adalah demi untuk pembangunan bola sepak tanah air.

“Ini adalah sekadar pandangan daripada budak mentah,” titah baginda lagi. – myhnewshub.cc

Tags: FAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd