• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agrobank Sasar Pembiayaan Mikro RM240 Juta

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Agrobank menyasarkan pembiayaan mikro sebanyak RM240 juta tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, berkata antara langkah bagi memperluaskan produk ini ialah dengan menjalinkan kerjasama dengan agensi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mendapatkan pelanggan secara berkumpulan.

Katanya, melalui pembiayaan mikro ini, peniaga atau usahawan berpeluang mengembangkan lagi perniagaan atau projek mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ini selaras dengan objektif kerajaan untuk meningkatkan usahawan kepada usahawan kecil dan sederhana,” katanya pada Program Pemimpin Bersama Pemasar anjuran Agrobank dan Fama di Pasar Tani Paroi Jaya di sini, hari ini.

Program itu turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Wan Mohd Fadzmi berkata, sehingga Disember 2014, sebanyak 109,795 pembiayaan berjumlah RM1,562,066,865 telah diluluskan.

Pembiayaan mikro Agrobank disediakan khusus untuk membantu usahawan dan peniaga kecil bagi menampung keperluan modal tetap dan kerja dengan pembiayaan di antara RM1,000 hingga RM50,000.

Katanya, antara golongan yang mendapat manfaat ialah petani, penternak, nelayan serta pengusaha kedai makan dan makanan ringan.

“Pembiayaan mikro Agrobank dibangunkan untuk memenuhi keperluan peminjam dalam segmen pengeluaran, pemprosesan, perkhidmatan dan pemasaran. Ia mampu merangsang portfolio pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana Agrobank berdasarkan permintaan yang menggalakkan.

“Memandangkan pembiayaan ini tidak memerlukan sebarang cagaran, ia amat sesuai untuk usahawan dan peniaga kecil yang memerlukan pembiayaan segera dan mudah, namun mereka perlu bertanggungjawab untuk membayar balik pembiayaan ini,” katanya.

Di majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaikan surat tawaran pembiayaan Agrobank kepada 15 usahawan mikro di negeri ini berjumlah RM450,000.

Antara perniagaan yang dijalankan mereka ialah taska dan makanan, telekomunikasi dan tanaman. – BERNAMA

Tags: Agrobank
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agrobank Tak Lulus Pembiayaan Kebun Durian Haram

01/09/2020
0

AGROBANK Wilayah Pahang tidak pernah meluluskan permohonan pembiayaan kewangan kepada pekebun yang ingin mengusahakan tanaman durian diatas tanah haram di...

Agrobank Lancar Pembiayaan Mikro Agro Teras

25/11/2017
0

KUCHING – Agrobank hari ini melancarkan program pembiayaan mikro, Agro TERAS, bagi membantu usahawan mikro dari kumpulan isi rumah berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd