• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agrobank Tak Lulus Pembiayaan Kebun Durian Haram

oleh
01/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AGROBANK Wilayah Pahang tidak pernah meluluskan permohonan pembiayaan kewangan kepada pekebun yang ingin mengusahakan tanaman durian diatas tanah haram di Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub.

Pengarah Agrobank Wilayah Pahang, Safaruddin Samsuddin berkata, syarat utama untuk membuat pembiayaan bagi mengusahakan kebun ialah geran tanah yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), tanpa dokumen itu pembiayaan tidak akan diluluskan pihaknya.

Katanya, isu pekebun durian tanah kerajaan termasuk hutan simpan mengusahakan kebun hasil wang pembiayaan Agrobank tidak berlaku kerana agensi berkenaan tidak pernah berkompromi.

“Memang terdapat ramai pekebun durian Musang King termasuk tanaman lain membuat pembiayaan dengan Agrobank namun semua mereka mengusahakan kebun diatas tanah sendiri termasuk yang disewa.

“Bagi pekebun yang menyewa tanah, pihak terbabit perlu menyertakan surat kebenaran menyewa daripada pemilik tanah berkenaan. Sekiranya ada surat itu kelulusan akan dipertimbangkan,” katanya, hari ini.

Beliau menegaskan, setiap kali musim durian Agrobank cawangan Sungai Ruan akan menerima ramai pelanggan membuat simpanan kewangan yang terdiri daripada pekebun raja buah itu.

Katanya, di Sungai Ruan dan Kampung Chalit turut terdapat ramai pekebun kelapa sawit, koko dan pisang yang juga pelanggan Agrobank.

“Kita sentiasa memberi sokongan kepada pekebun yang ingin membuat pembiayaan namun mereka perlu memenuhi syarat ditetapkan terutama membabitkan hak milik tanah.

“Agrobank tidak akan meluluskan pembiayaan pekebun yang ingin mengusahakan kebun durian Musang King termasuk projek pertanian lain atas tanah kerajaan dan hutan simpan,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa pelanggan di Sungai Ruan dan Kampung Chalit terdiri daripada syarikat yang terbabit dengan sektor pengeksportan durian Musang King sejuk beku ke China.

Pada 1 Ogos lalu, Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan dan kawasan hutan simpan.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram dan kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian terkenal di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

Minggu lalu seramai 111 pekebun durian diatas tanah haram dan kawasan hutan simpan berjaya mendapatkan Perintah Pergantungan Sementara oleh Mahkamah Tinggi Kuantan terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan di beberapa lokasi di sekitar Raub.

Mahkamah tiada bantahan dan membenarkan pergantungan notis yang dikeluarkan responden sehingga tarikh pendengaran semula permohonan dijadualkan pada 28 Oktober depan. – myMetro Online

Tags: Agrobankkebun durianPahangtanah kerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd