• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kurnia Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Hari Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2014 bersempena Hari Keputeraan Seri Paduka kepada 242 penerima di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat pada majlis penganugerahan itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Mendahului senarai penerima ialah Naib Pengerusi MCA Kapar, Selangor Gan Tiong Seng yang menerima Darjah Johan Mangku Negara (JMN), diikuti oleh penerima Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) terdiri daripada Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Turut menerima darjah itu ialah Pengarah Keselamatan dan Risik Balas Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral Mohd Zahar Hashim, Panglima Material Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut Laksamana Pertama Datuk Muhd Sakaff A. Manaf dan Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Shahabar Abdul Kareem.

Sebanyak 42 orang pula menerima Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN), 64 penerima Darjah Ahli Mangku Negara (AMN) dan 130 menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN).

– BERNAMA

Tags: Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa pelaksanaan kuasa perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd