• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abe Sahkan 3 Rakyat Jepun Terbunuh

oleh Ahmad Albab
19/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengesahkan kematian tiga rakyatnya manakala tiga lagi cedera dalam kejadian serangan militan di muzium nasional Tunisia, semalam.

Sebelum itu, badan penyiaran nasional Jepun, NHK, memetik seorang pegawai kerajaan berkata, kerajaan maklum mengenai laporan lima warga Jepun terbunuh dan selepas membuat pemeriksaan teliti mendapati beberapa nama mangsa bertindih.

Abe memberitahu wartawan di Tokyo bahawa beliau mengutuk keras kejadian serangan di tengah ibu negara Tunis itu.

“Tiada toleransi dalam soal keganasan,” katanya.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengecam serangan di Muzium the Bardo dan berkata tiada tindakan pengganas boleh menggugat dan melemahkan proses demokrasi di Tunisia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan badan itu lewat malam tadi, PBB menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan Tunisia dan kerajaan negara asing yang kehilangan warga negara mereka dalam kejadian itu. – AFP

Tags: jepunTunisia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd