• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

587 Syarikat Tidak Laksana Polisi Pembayaran Gaji Minimum

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya 587 daripada 42,297 syarikat yang diperiksa didapati tidak melaksanakan polisi pembayaran kadar gaji minimum kepada pekerja setakat 31 Jan lepas, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Riot berkata majikan yang tidak melaksanakan gaji minimum itu telah diberi tindakan notis pematuhan.

Selain itu katanya, sebanyak 1,201 tuntutan kes buruh berkaitan gaji minimum telah diterima dan 23 peratus (276 kes)selesai dibicarakan di Mahkamah Buruh manakala 925 (77 peratus) masih dalam tindakan pegawai.

“Sebanyak 90 peratus (1,071 kes) daripada 1,796 kes selesai disiasat bagi aduan mengenai kegagalan majikan membayar gaji minimum. 176 masih dalam tindakan Jabatan Tenaga Kerja.

“177 kertas pendakwaan dibuka. Daripada jumlah itu, 109 (62 peratus) diberi izin untuk pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Jumlah kompaun yang dikenakan adalah RM144,800,” katanya semasa menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat).

Mengenai kes pertikaian perusahaan yang melibatkan pelaksanaan gaji minimum, Riot berkata 17 kes daripada 49 kes diselesaikan melalui rundingan damai manakala 27 kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan untuk dibicarakan.

Mengenai Garis Panduan Gaji Minimum (GPGM) yang dipersetujui Majlis Perundingan Gaji Negara, Riot berkata garis panduan itu bukanlah suatu dokumen yang mempunyai kesan perundangan sebaliknya ia hanyalah garis panduan kepada majikan bagi memudahkan majikan melaksanakan Perintah Gaji Minimum 2012. – BERNAMA

Tags: Gajimajikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd