• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Termasuk 2 Pelajar Ditahan Disyaki Guna Wang Palsu

oleh Ahmad Albab
18/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Polis menahan tiga lelaki termasuk dua pelajar kolej yang disyaki terlibat dengan penggunaan wang palsu dalam satu serbuan di Pekan Lanchang Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata hasil penahanan ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 30 tahun itu, polis turut merampas 49 keping not wang RM100 dipercayai palsu.

“Kesemua suspek termasuk seorang mekanik ditahan kira-kira jam 3.30 petang Isnin lepas semasa sedang membeli barangan di salah sebuah kedai runcit di Pekan Lanchang.

Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 13 keping wang kertas RM100 yang disyaki palsu didalam sebuah beg hitam yang dibawa salah seorang suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas sebuah kenderaan yang dimiliki oleh suspek berhampiran tempat itu, polis menemui menemui 13 keping lagi wang not RM100 dipercayai palsu, enam keping cakera digital video (DVD) lucah serta kulit DVD lucah yang disembunyikan di dalam sebuah buku nota di bahagian belakang bonet kereta.

Hasil soal siasat yang dijalankan, polis turut memeriksa sebuah lagi kenderaan sewa yang ditinggalkan oleh suspek di Plaza Tol Lanchang, dan menemui 23 keping lagi wang not RM100, katanya.

Zundin berkata, kesemua suspek yang berasal dari Selangor dipercayai menjadikan kedai runcit di kawasan pedalaman untuk membelanjakan wang palsu itu kerana peniaga di kawasan kampung tidak mempunyai mesin pengimbas wang.

Beliau berkata suspek ditahan reman seminggu dan disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan wang palsu sebagai wang tulen; Seksyen 489C Kanun Keseksaan, memiliki wang kertas palsu dan Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002, memiliki filem atau bahan lucah. – BERNAMA

Tags: poliswang palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd