• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Rumah Transit Mangsa Banjir Manik Urai Siap Dibina

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Sebanyak 21 daripada 53 rumah transit mangsa banjir di Kampung Karangan, Manik Urai, di sini, siap dibina kerajaan negeri Kedah, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Mukhriz berkata baki 32 rumah lagi akan disiapkan sebelum Ramadan ini kerana penduduk perlu menyelesaikan hak milikan tanah dengan kerajaan Kelantan.

 Rumah transit yang siap dibina sempena Majlis Penyerahan Rumah Transit Kerajaan Negeri Kedah kepada mangsa-mangsa banjir Kampung Karangan, Manik Urai di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Rumah transit yang siap dibina sempena Majlis Penyerahan Rumah Transit Kerajaan Negeri Kedah kepada mangsa-mangsa banjir Kampung Karangan, Manik Urai di sini hari ini. – Foto BERNAMA

“Kita bina rumah transit ini supaya penduduk yang kehilangan kediaman akibat banjir besar Disember lepas dapat hidup dalam keadaan lebih selesa berbanding tinggal di dalam khemah.

“Kita peruntukkan kira-kira RM15,000 bagi sebuah rumah transit…pelan pembinaannya fleksibel dan mengikut kehendak penduduk kerana ada yang hanya mahu dua buah bilik tidur dan ruang tamu yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Rumah Transit Kerajaan Negeri Kedah kepada warga bencana banjir Kampung Karangan yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Dabong merangkap Ketua Umno bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Mukhriz turut menghulurkan sumbangan lebih 100 katil dan tilam kepada mangsa banjir di kampung berkenaan serta 300 beg sekolah kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Karangan dan SK Laloh.

Katanya pembinaan sebuah rumah transit memakan masa kira-kira lima hingga tujuh hari dan menggunakan khidmat tukang rumah daripada kalangan penduduk itu sendiri.

“Selain itu, kita juga turut menggunakan khidmat Sukarelawan Kedah Darul Aman (Sukam) yang telah berkampung di sini sejak dua bulan lepas bagi program bantuan pasca banjir kerajaan negeri Kedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd